Khamis, 7 Januari 2021

[634] Hari 1 : Rakan Muda Inovasi - Bengkel Asas Arduino

FELDA PEMANIS, 6 Januari - #TeamG2 memulakan program rasmi dalam kalender 2021 dengan melaksanakan Program Rakan Muda Inovasi - Bengkel Asas Arduino. Ia adalah program pertama dari 3 program dalam Siri Jelajah MAGAA Prihatin Peringkat Kebangsaan untuk daerah Segamat. Beberapa program lain juga diadakan di seluruh negara.




Program ini adalah anjuran bersama Pertubuhan Belia Emas Perdana Malaysia (Malaysia Gold Award Association - MAGAA, sebuah persatuan untuk pemegang Emas ARPRM) dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (#TeamG2) dengan sokongan dan kerjasama Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Menerusi Rakan Muda Inovasi - Bengkel Asas Arduino, para peserta akan belajar bagaimana menterjemah idea berdasarkan litar dan komponen elektronik menerusi kaedah pengaturcaraan komputer. Bengkel dikendalikan oleh Mohd Faiz Ahmad, graduan Kejuruteraan Elektrik (Kuasa) dari UNITEN yang juga merupakan salah seorang aktivis #TeamG2.

































































































Ia dilaksanakan selama 2 hari di Pusat Internet Felda Pemanis Dua.

Seramai 10 orang remaja dalam lingkungan usia 14 - 17 tahun menyertai bengkel ini. Bilangan yang terhad ini adalah kerana kos pembelian alatan bagi setiap pakej peserta adalah tinggi.

Sebanyak 5 tutorial yang akan digabungkan menjadi mini projek dan dibentangkan kemudian akan dilalui oleh semua peserta.

Bengkel akan bersambung esok.

#MAGAA #TeamG2 #MAGAAPrihatin #Inovasi #RakanMuda #ARPRM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...