ARPRM G2 Rangkul Badan Operasi Paling Aktif Johor, 9 Emas, 9 Perak, 28 Gangsa
JOHOR BAHRU, 27 November - Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Persatuan Belia G2 Felda Pemanis muncul sebagai Badan Operasi ARPRM Paling Aktif Negeri Johor 2024 dalam Majlis Pentauliahan ARPRM Peringkat Negeri Johor. Majlis diadakan di Dewan Serbaguna JKR Daerah Johor Bahru, Larkin.
Ia juga menyaksikan seramai 9 orang dari #TeamG2 ditauliahkan Tahap Perak dan 28 orang Tahap Gangsa. Alumni Emas juga diberikan penghargaan di atas pencapaian mereka. Untuk rekod, sebelum ini 9 orang telah ditauliahkan Tahap Emas pada majlis serupa pada Peringkat Kebangsaan.
Keseluruhan lebih 300 orang penerima anugerah dan pemimpin hadir dari pelbagai Badan Operasi meliputi Pejabat Belia dan Sukan Daerah, Pertubuhan Bukan Kerajaan, sekolah, Politeknik, Institusi Latihan dan Kolej - Kolej.
Majlis ini disempurnakan oleh YB Tuan Mohd Hairi bin Mad Shah, Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Johor. Turut hadir ialah YB Dato' Haji On bin Jabbar @ Jaffar, Timbalan Setiausaha Kerajaan Johor (Sukan, Belia dan Sukarelawan), dan Encik Shamsuhaime bin Basir Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang bersama-sama meraikan pencapaian para peserta.
Menurut YB Tuan Mohd Hairi, majlis ini bukan sahaja platform untuk memberi penghargaan tetapi juga menjadi inspirasi kepada anak muda lain untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan dan menerapkan semangat modal insan seperti kesukarelawanan dalam diri.
Dalam majlis itu, Ramaddani Ismail dan Affiq Aiman Afandi masing - masing diberikan peluang untuk memimpin bacaan doa dan ikrar.
Program anjuran Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor itu membawakan tema klasik tradisional yang sungguh mengujakan.
#BungaBangsa #TeamG2 #ARPRM