Sabtu, 19 September 2020

[559] Hannah Sempurna ARPRM Tahap Gangsa, Pertama Untuk Sesi Ini

BATU ANAM, 18 September - Berusia 19 tahun,  Hannah Sarina Mohd Razib telah berjaya menyempurnakan dokumentasi dan pelaporan aktiviti untuk Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa.







Anak kepada seorang guru Pra Universiti di SMK Buloh Kasap ini merupakan lepasan Kolej Matrikulasi Johor dan bakal melanjutkan pelajaran Ijazah beliau ke Universiti Malaysia Pahang dalam bidang Kejuruteraan Perisian.

Hannah dibimbing di bawah permentoran Mustakim Abdul Kahar semenjak mula kerana mereka pernah belajar di sekolah yang sama. Akim menyelia semua perkembangan Hannah dan memperakukan sebagai layak untuk ditauliahkan Tahap Gangsa.

Tahniah diucapkan dan selamat maju jaya Hannah untuk tahap seterusnya.

#ARPRM
#DofE
#DoE

Jumaat, 18 September 2020

[558] Penyampaian Surat Tawaran dan Dokumen Penajaan Persekutuan, Program Ijazah Dalam Negara, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA)

 #TeamG2 mengucapkan TAHNIAH di atas pemilihan 3 orang mahasiswa G2 sebagai penerima Penajaan Persekutuan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi Program Ijazah Dalam Negara sesi 2020.




Mereka adalah Nurul Asyikin Basri (Sains Bioperubatan, Universiti Malaya), Hairul Asraf Abas (Pengurusan Polisi, Universiti Malaysia Terengganu) dan Nur Amirah Syafiqah Mohd Faizal (Kejuruteraan Kimia, Universiti Teknologi Malaysia).

Syabas dan tahniah atas #BungaBangsa yang sedang mekar mewangi.

[557] #TAG4Future - Menghargai Sukarelawan Tutor Luar Pemanis

 Selasa, 15 September 2020 : Sukarelawan Tutor #TeamG2 telah mengadakan majlis ringkas untuk menghargai khidmat 7 orang tutor yang menyumbang bakti selama dua hari di SMK Pemanis dan SMK Palong Timur. 

Mereka datang dari luar Daerah Segamat dalam negeri Johor dan juga Selangor. Enam dari mereka merupakan lepasan Kolej Matrikulasi Johor (KMJ) yang sedang menunggu masa untuk melapor diri ke universiti untuk peringkat Sarjana Muda. Seorang dari mereka pula adalah graduan Kelas Pertama yang juga Felo Perdana Kohort 7 dari Universiti Putra Malaysia (UPM). 















#TeamG2 khususnya dari projek #TAG4Future merakamkan setinggi - tinggi penghargaan dan terima kasih kepada : 

SITI NUR AISYAH BINTI MOHAMAD OTHMAN, Graduan UPM 
NUR HALIMATUS SA'ADIAH BINTI MAHMODA, Lepasan Matrikulasi 
NUR AMIRAHTUL JANNAH BINTI DAUD, Lepasan Matrikulasi 
NUR MAYSARAH BINTI RAMLI, Lepasan Matrikulasi 
NORAZIMAH BINTI HAZLI, Lepasan Matrikulasi 
HAMK ADZ-DZYYATI BINTI ABDUL SUKOR, Lepasan Matrikulasi 
MOHD IZZUDDIN BIN MOHD YAZRI, Lepasan Matrikulasi

[556] Lawatan Tapak Malam Apresiasi Sukarelawan G2

SEGAMAT, 12 September 2020 - Sesi lawatan tapak untuk majlis Malam Apresiasi Sukarelawan G2 telah diadakan oleh pasukan urusetia #TAG4Future bagi pihak pasukan sukarelawan #TeamG2 baru - baru ini. 

G2 dijangka akan mengadakan majlis tersebut, buat pertama kali, sebagai penghargaan kepada semua sukarelawan pendidikan dan kebajikan yang terlibat sepanjang tahun 2020. Ia juga akan memberi penghargaan kepada pencapaian - pencapaian khusus ahlinya seperti Anugerah Perdana Belia Negara, Kelas Pertama Ijazah Sarjana Muda dan lain - lain. Ia juga akan meraikan kumpulan bakal mahasiswa yang akan melangkah ke Ijazah Pertama. 







Menurut Irfan selaku Jurucakap Urusetia, "Kami sedang giat membuat persiapan ke arah program yang dijangka akan diadakan secara gilang - gemilang. Beberapa persembahan dari ahli juga akan dipersembahkan malam tersebut." 

Malam Apresiasi Sukarelawan G2 akan diadakan hujung bulan ini, sebelum majoriti mahasiswa dan bakal mahasiswa kembali ke menara gading. 

[555] #TAG4Future - Sesi Penggambaran Projek oleh Impact Malaysia

SEGAMAT, 14 September 2020 - Satu sesi temubual oleh team media Impact Malaysia telah dilaksanakan bersama Ketua Projek #TAG4Future - Projek Sukarelawan Pendidikan tengah hari ini bertempat di Pusat Internet FELDA Pemanis Dua.








Beberapa soalan telah diajukan menjurus kepada perlaksanaan projek dan telah dijawab dengan huraian yang baik oleh Faiz. Pasukan Impact Malaysia diketuai oleh Encik Junaidi dan 2 orang lagi krew media yang datang dari Ibu Pejabat mereka di Puchong, Selangor. 

Mereka juga membuat rakaman dokumentari projek di SMK LKTP Pemanis untuk sesi tutorial petang ini. 

#SecuringYouthEducation #ImpactMalaysia

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...