Ahad, 12 Ogos 2012

Syurga Kasih Ramadhan 1433H

Sekitar Program Syurga Kasih Ramadhan 1433H - Tadarus, Khatam al - Quran, Penyampaian Sumbangan, Tazkirah dan Berbuka Puasa yang dianjurkan sepenuhnya oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Terima kasih diucapkan kepada semua khususnya YB Datuk Haji Baharum Mohamed, Ahli Parlimen Sekijang.


Juga Kepada semua yang menjayakan Program Syurga Kasih Ramadhan. Khusus utk semua Exco yang memberikan komitmen, semua adik2 dan ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang sudi mengimarahkan bulan yang mulia ini. 

Bukan satu kerja mudah untuk mengajak mengaji. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sebagai sebuah NGO. Pertubuhan Sukarela. Bukan sekolah, bukan institusi, bukan Kerajaan menerusi Jabatan atau Agensinya yang boleh meminta atau menggunakan kuasa untuk memaksa orang melakukan sesuatu. Sebagai sebuah NGO, kami benar - benar berkhidmat atas landasan sukarela. Menggunakan budi bicara, pujuk dan sebagainya untuk mengajak melakukan sesuatu, termasuk mengaji.


# Dalam dunia yg penuh dengan dugaan sekarang, dapat sebilangan yang sudi melakukan secara sukarela pun sudah memadai, sebagai penyelamat dunia. Moga Allah berikan rahmat Nya utk semua ini.

Gambar - gambar ada di sini : Syurga Kasih Ramadhan

Manakala berikut pula adalah dua videonya :




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...