Jumaat, 4 Oktober 2013

[84] Laporan Pertandingan Inovasi Rakan Muda

Rujuk entri sebelum ini 
untuk perkaitan.

SELESAI sudah Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menjadi penganjur bersama Jabatan Belia dan Sukan Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat untuk julung - julung kali Pertandingan Inovasi Rakan Muda Negeri Johor 2013. Acara diadakan sempena Karnival Rakan Muda dan Jom Centre Perinkat Negeri Johor.Ia diadakan pada Sabtu, 28 September 2013 di Dataran Segamat. Terima kasih untuk semua yang menjayakan pertandingan. Tahniah untuk peserta yang memenangi inovasi edisi ini.

Sebanyak 18 pasukan / projek (satu menarik diri pada hari pertandingan dari jumlah asal 19) telah bertanding. Ia meliputi pelbagai projek penemuan, penciptaan, rekabentuk, inovasi dan penyelidikan yang dihasilkan oleh generasi muda. Antaranya adalah penyelidikan sains, adaptasi sains perubatan moden - tradisional teknologi kejuruteraan, teknologi pertanian, kejuruteraan automatif, teknologi elektrik dan adaptasi teknologi - seni.

Dari adik - adik Felda Pemanis memenangi DUA EMAS dan DUA PERAK. Emas menerusi projek dHolland as Natural Pesticides dan Absorbott. Manakala Perak menerusi projek Direct Ethanol Fuel Cell dan Light Bootle - Teknik Pembelauan Cahaya. Projek Absorbott juga memenangi booth pameran dan pembentangan terbaik.


Terima kasih hakim - hakim : Encik Firdaus Bachok (Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Kolej Komuniti Segamat), Encik Nazri Ali (Fakulti Sains Komputer dan Matematik, UiTM Segamat) dan Puan Rugayah Haji Sirah (Guru Kanan Bidang Sains dan Matematik, SMK Munshi Ibrahim).

Liputan gambar penuh di sini : Pertandingan Inovasi Rakan Muda

Berikut pula adalah videonya 



Sedikit cebisan gambar program :

Ini adalah 12 orang adik - adik yang menggalas cabaran 4 projek
penyelidikan dan inovasi dari Felda Pemanis
Barisan Hakim Pertandingan Inovasi Rakan Muda

Mesyuarat Jawatankuasa Kerja (Urusetia) Pertandingan

Sebuah buku Diskripsi Projek telah diterbitkan mengandungi
abstrak dan ringkasan projek bertanding.
Sebahagian Projek Inovasi

Antara Pasukan Yang Bertanding

Suasana Booth Pameran. Penuh sesak dua khemah dengan 18 projek dan pengunjung.

Sesi Penghakiman

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Oleh
 Penolong Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Johor

Majlis Penyampaian Hadiah dan Sijil Oleh
 Penolong Pengarah (Rakan Muda) Jabatan Belia dan Sukan Johor

Oh ya, bagaimana pula dengan keputusan petandingan? 
Ini adalah senarai keputusan yang telah disahkan oleh Ketua Hakim.





Tahniah kepada semua yang menyertai. Lagi tahniah kepada yang berjaya dan mendapat keputusan pencapaian Tahap Emas.

Semoga kita berjumpa lagi!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...