Jumaat, 3 Januari 2014

[92] Tiga Video Siri Perlawanan Persahabatan Bola Sepak Disember 2013

Dalam bulan Disember 2013 yang lalu, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusi Kelab Bola Sepak FCG2 telah mengadakan 3 siri perlawanan persahabatan bola sepak. Berikut adalah video (juga pautan kepada gambar di Facebook Belia Felda Pemanis) untuk semua ketiga - tiga siri perlawanan persahabatan itu.

Terima kasih kepada Jurulatih dan Pengurusan oleh Sdra Mohd Firuddin Rahmat dan Sdra Mohd Syawal Baharudin yang telah menjayakan kesemua siri perlawanan persahabatan ini.  Terima kasih juga kepada semua pemain dan penyokong. Paling penting, terima kasih kepada sahabat - sahabat yang sudi bersahabat dengan kami.


FCG2 vs Pilihan Pemanis : Klik Untuk Gambar
Diadakan pada Selasa, 17 Disember 2013, jam 05.45 petang di Padang Awam Felda Pemanis Satu.Tewas 0 - 1.






FCG2 vs Sinergi FC : Klik Untuk Gambar
Diadakan pada Khamis, 19 Disember 2013 jam 05.45 petang di Padang Awam Felda Pemanis Dua. Tewas 1 -2





FCG2 vs PBBA FC : Klik Untuk Gambar
Bertemu Persatuan Belia Batu Anam (PBBA) FC pada 31 Disember 2013, Selasa jam 05.30 petang di Padang Koleh Komuniti Segamat 2. Tewas 0 - 4.



Untuk tahun 2014 ini, beberapa siri perlawanan persahabatan juga dirancang bagi diadakan. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...