Ahad, 7 Jun 2015

[155] Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Segamat 2015

Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan telah mengadakan Program Pemantapan Pertubuhan Belia Peringkat Daerah Segamat pada petang Sabtu 6 Jun 2015. Ia berlangsung di Pejabat Majlis Belia Daerah Segamat.


Program ini mempunyai objektif untuk : 

(1) Memberi kefahaman mengenai tatacara penggunaan berkaitan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) dan Star Rating secara atas talian. 

(2) Menyalurkan maklumat dan meningkatkan kefahaman tentang kepentingan berpersatuan, keaktifan persatuan serta kaedah - kaedah untuk menggalakkan belia berpersatuan 

(3) Memantapkan pertubuhan belia agar dapat bergerak lebih aktif dan secara sah mengikut Akta 668.

Program bermula pada jam 02.30 petang dengan Sesi Pendaftaran. Ia kemudian diikuti dengan sesi ceramah dan penerangan dari Pegawai, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia  (ROY) Zon Selatan yang berperujabat di Melaka.






Dalam sesi penerangannya, Pegawai ROY telah membuat ulangkaji bersama para peserta yang merupakan aktivis Persatuan mengenai Akta 668 dan penguatkuasannya. Antara yang ditegaskan adalah keperluan mengenai MAklumat Yang Kena Diberi (MYKD), kesalahan - kesalahan dan penalti yang dikenakakan dan perubahan terhadap bayaran / fi untuk beberapa keperluan.

Para peserta juga diberikan penerangan mengenai Sistem Penarafan Bintang (Star Rating) Persatuan Belia, di samping keperluan untuk mengemukan laporan MYKD menggunakan sistem online eROY.

Dua orang wakil Persatuan Belia G2 Felda Pemanis turut hadir sebagai peserta program

Program berakhir pada jam 04.3 petang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...