Selasa, 14 Julai 2015

[160] Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Johor 1436H


Pada Isnin, 13 Julai 2015 bersamaan 26 Ramadhan 1436H telah berlangsung Program Rakan Muda Ramadhan - Tadarus dan Khatam al Quran Peringkat Negeri Johor 2015 di Kolej Matrikulasi Johor, Ledang. Seramai 27 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, lelaki dan perempuan, menyertainya. Program adalah anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Ledang dengan kerjasama Pejabat Daerah Ledang, Pejabat Kadi Daerah Ledang dan Kolej Matrikulasi Johor. 

Program disempurnakan oleh YB Datuk Zulkurnain Kamisan, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Kerajaan Negeri Johor.

Dianggarkan seramai 3,500 orang belia dari seluruh negeri Johor, termasuk pelajar Kolej Matrikulasi Johor, mengikuti program berkenaan.







Program dimulakan dengan bertadarus al Quran mengikut kumpulan dan juzuk yang telah ditetapkan. Kemudian, menunaikan solat Asar. Selepas solat Asar, satu ceramah telah disampaikan. Ia kemudian diikuti dengan Majlis Khatam al - Quran. Para peserta berbuka puasa ringkas dahulu (kurma dan air) sebelum solat Maghrib. Selesai solat, diadakan jamuan makan malam di dalam dulang beramai - ramai dengan bersila di Dataran KMJ. Ia sungguh menyeronokkan.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...