Selasa, 4 Ogos 2015

[163] Pesta Durian Segamat - Pertandingan Makan Durian

PERSATUAN Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Rakan Muda Jementah telah membantu dengan menjadi Urusetia beberapa pertandingan yang diadakan sempena Pesta Durian Segamat. Ia berlangsung di Padang Awam Jementah, Segamat pada Sabtu, 2 Ogos 2015 yang lalu





Pesta Durian Segamat adalah anjuran Pejabat Pertanian Daerah Segamat dengan kerjasama Persatuan Petani Jementah. Urusetia - urusetia dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengendalikan Pertandingan Makan Durian manakala Kelab Rakan Muda Jementah mengendalikan Pertandingan Meneka Berat Durian dan Buah Durian Terbaik.

Seramai 35 orang peserta telah menyertai Pertandingan Makan Durian. Sebanyak 7 pusingan saringan diadakan dengan setiap kumpulan saringan melibatkan 5 peserta. Pada peringkat saringan, peserta perlu menghabiskan 300 gram isi durian dalam masa 60 saat. Peringkat saringan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Ahmad Ma'in, Pegawai Daerah Segamat.






7 orang peserta terbaik saringan dipilih untuk ke Peringkat Akhir. Pada peringkat ini, para peserta dikehehendaki untuk menghabiskan 500 gram (setengah kilo) isi durian dalam masa 2 minit. Peserta dari Selangor telah menjuarai pertandingan ini. Tempat kedua pula adalah peserta dari Sabah manakala penduduk tempatan Jementah menduduki tempat ketiga. Ketua UMNO Bahagian Segamat, Encik Zahari mewakili Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Segamat telah menyermpurnakan majlis.

Pesta Durian Segamat mendapat sambutan yang sungguh menggalakan. Gambar - gambar penuh program ada di sini : Pertandingan Makan Durian Segamat 2015.

Manakala berikut ini adalah klip video yang sempat dirakam.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...