Khamis, 26 November 2015

[181] Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia 2015

Sijil Pengiktirafan Penarafan Lima Bintang
Untuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis
Alhamdulillah. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerima Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang Sistem Star Rating Pertubuhan Belia Malaysia. YB Khairy Jamaluddin, Menteri Belia dan Sukan telah menyempurnakan Majlis Pengiktirafan Penarafan 5 Bintang (Star Rating) Pertubuhan Belia yang diadakan sempena Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara Sidang II Penggal 30 pada Rabu, 25 November 2015 di Dewan Tun Dr Ismail, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah satu dari 77 buah NGO Belia seluruh Malaysia yang menerima pengiktirafan ini, berupa sijil dan intensif kewangan RM 2,000. Turut sama YB KJ adalah YB Timbalan Menteri dan Datuk Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. 

Terima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), seluruh pegawai KBS dan terutamanya ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis di atas pencapaian ini.





Utusan Malaysia, Khamis 26 November 2015, Halaman 9
Sebelum itu, pada 24 November 2015, G2 telah melalui proses sesi penilaian. Pegawai Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan yang berpangkalan di Melaka, Encik Nik telah menilai G2 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Lima orang mewakili G2 hadir dalam sesi penilaian tersebut. 



Semoga dengan pengiktirafan ini akan menjadikan seluruh warga G2 lebih bersemangat lagi dalam berorganisasi secara teratur, sistematik, telus dan amanah. Tahniah G2!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...