Sabtu, 23 Januari 2016

[185 : G2] Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Sistem Online UPU - Batch 1998

Pagi Jumaat, 22 Januari 2016. Sekali lagi tahun ini G2 dengan kerjasama Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua mengadakan Program Menggapai Pendidikan Ketiga - Pengisian Borang Sistem UPU Online untuk lepasan SPM 2015 Batch 1998.



Program dimulakan dengan taklimat keseluruhan peluang yang boleh dicuba oleh semua lepasan SPM, mencipta email yang sah untuk urusan rasmi, ujian RIASEC Holland secara online untuk menentukan kecenderungan minat bagi dijadikan asas pemilihan program / kerjaya dan seterusnya mengisi Borang UPU Online dibantu fasilitator - fasilitator yang berkhidmat. Perkhidmatan ini diberikan secara percuma oleh G2 dan PI1M Felda Pemanis Dua dengan sebahagian kecil dari kos pembelian dan urusan nombor pin UPU ditanggung G2.






Program juga diteruskan untuk mereka yang tidak berkesempatan hadir ke Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Bimbingan pengisian Borang Online UPU diberikan supaya tidak berlaku kesilapan teknikal dalam mengisi borang tersebut. Di samping itu, panduan dan pencerahan mengenai bidang - bidang pengajian juga dijelaskan supaya Lepasan SPM nampak dengan jelas apakah perkara yang boleh mereka ikuti bersesuaian dengan minat dan pencapaian akademik mereka.



Lepasan SPM juga diberitahu mengenai peluang - peluang yang ada untuk mereka. Semoga dengan ini akan dapat membantu serba sedikit semua Batch 1998 anak Pemanis dalam meneroka persaingan dunia masa depan yang semakin mencabar. Terima kasih kepada semua Fasilitator G2 yang membantu dalam mempermudahkan urusan program ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...