Khamis, 7 Januari 2016

[183] Majlis Penyerahan Laporan Peserta ARPRM Tahap Emas - Hasni Zaini dan Idham Jalak

Dua orang peserta Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyerahkan Laporan Peserta Emas masing - masing baru - baru ini di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Mohd Hasni bin Zaini, 20 tahun,  menyerahkan pada Rabu, 30 Disember 2015 manakala Mohd Idham bin Jalak, 24 tahun, menyerahkan pada Khamis, 7 Januari 2016. Kesemua pakej laporan telah diterima oleh Encik Ibrahim bin Bujang, Pegawai Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat.

Berita dan gambar ini dipetik dari laman Facebook Belia Felda Pemanis.

MOHD HASNI BIN ZAINI
G2 mengakhiri tahun 2015 dengan sempurna menyerahkan Laporan Peserta Tahap Emas Bilangan 2 : Hasni Zaini. Syabas dan tahniah diucapkan kepada beliau di atas sempurnya kesemua 5 komponen dan pelaporan bagi memenuhi keperluan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award. Lima Komponen Hasni adalah : Khidmat Masyarakat (Sukarelawan), Kemahiran (Fotografi), Rekreasi Fizikal (Badminton), Jelajah Lasak (Ekspedisi Gunung Berembun) dan Projek Penempatan (Konservasi Dalam Komuniti). Beliau di bawah penyeliaan Mentor Emas Mohd Firdaus Zainal. Majlis penyerahan disempurnakan di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Sekali lagi, syabas dan tahniah diucapkan.








MOHD IDHAM BIN JALAK
Pagi ini, peserta ARPRM Emas G2 Mohd Idham Jalak sempurna menyerahkan Laporan Peserta Tahap Emas beliau yang diterima oleh EncikIbrahim Bin Bujang, Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Turut bersama hadir adalah Mentor dan Panel Penilai kepada Idham. Untuk Tahap Emas, Idham melaksanakan 5 Komponen dalam jumlah bulan dan jam yang ditetapkan iaitu : Khidmat Masyarakat (Sukarelawan), Kemahiran (Kompang), Rekreasi Fizikal (Sepak Takraw), Jelajah Lasak (Eksplorasi Sauk Permata) dan Projek Penempatan (Khazanah Dari Tanah Bencah). Syabas dan tahniah kepada Idham, di atas penyertahan laporan akhir yang ketiga dari G2.







 Syabas dan tahniah diucapkan kepada kedua - dua peserta Tahap Emas ini. Semoga akan ada lagi yang berjaya menyermpurnakan dan mencapai Tahap Emas.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...