Jumaat, 2 Disember 2016

[216] 4DOutreact Siri 5 - Sempena Majlis Pentauliahahan ARPRM Tahap Gangsa

SIRI terakhir iaitu Siri 5 4D Outreach Enemurator IYRES Youth Community telah diadakan pada Ahad, 27 September 2016. Ia dilangsungkan sempena Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa Daerah Segamat bertempat di Mini Hall, DSongket Katering, Bandar Utama, Segamat.





Sesi dimulakan dengan doa, kemudian taklimat dari Ketua Projek. Penegdaran instrumen kajian - pre telah dilaksanakan. Penerangan dan sesi mengisi borang E - belia menggunakan telefon pintar dikendalikan oleh  Mohd Iftitah Ishak.

Tiga slot perkongsian pengalaman dikendalikan oleh Mohd Azhari Imran, Mohd Fazrul Razzi Abdullah dan Mohd Firdaus Zainal Abidin. Mereka bertiga telah berkongsi pengalaman aktiviti ARPRM dan belia, di samping Firdaus memberikan taklimat ringkas pelaksanaan ARPRM untuk semua peserta yang bakal ditauliahkan Tahap Gangsa.





4D Outreach Siri 5 melibatkan lebih kurang 60 orang peserta dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Rakan Muda Kg Abdullah.

Eksekutif Penyelidikan dari Institut Penyelidikan dan Pembangunan Belia Malaysia iaitu Puan Sharifah dan Puan Wani turut bersama di dalam program. Turut hadir adalah Encik Shashi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Encik Mohd Hayadde, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat.




 

Satu majlis ringkas penyampaian penghargaan kepada sekolah - sekolah yang terlibat dalam projek 4D sebelum ini telah diadakan. Puan Syarifah telah menyampaikan sijil penghargaan dan cenderahati kepada Pengetua SMK Palong Timur, Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali dan Pengetua SMK Seri Bali, Chaah iaitu Puan Zabedah Abdul Rashid. Tidak berkesempatan hadir adalah Pengetua SMK Labis.



G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang telah bersama sepanjang 5 siri pelaksanaan 4D Outreach Enemurator.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...