Jumaat, 2 Disember 2016

[217] Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa Daerah Segamat 2016

PADA Ahad 27 November 2016 yang lalu, telah diadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa untuk Daerah Segamat. Majlis telah diadakan di Mini Hall, DSongket Katering, Bandar Utama, Segamat.













Seramai 50 orang dari dua NGO yang merupakan Badan Operasi ARPRM telah ditauliahkan iaitu 27 orang dari Kelab Rakan Muda Kg Abdullah dan 23 orang dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Seramai 3 orang peserta Tahap Perak yang tidak dapat bersama untuk Majlis Pentauliahan di Johor Bahru juga telah ditauliahkan hari ini bersama peserta Tahap Gangsa.



Majlis telah disempurnakan oleh Encik Shashidharan a/l Sivabalan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segat. Turut hadir adalah Eksekutif Penyelidikan Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES), Pengetua SMK Palong Timur dan Pengetua SMK Seri Bali, Chaah. Mentor ARPRM juga telah diberikan sijil penghargaan pada majlis tersebut. 




Setinggi - tinggi tahniah kepada semua peserta ARPRM Tahap Gangsa yang telah ditauliahkan pada majlis tersebut. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...