Jumaat, 10 Mac 2017

[222] Kerja - Kerja Pelaporan ARPRM Tahap Emas Kohort 3 Fasa 1

Empat orang peserta Tahap Emas Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM - DofE) dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah selesai menyempurnakan semua lima elemen aktiviti untuk tahap tersebut. Mereka juga telah selesai menyiapkan dokumentasi laporan yang menjadi syarat. 

Catatan ini menghimpunkan beberapa gambar sepanjang mereka menyempurnakan kerja - kerja pelaporan ARPRM - DofE Tahap Emas tersebut. Empat orang tersebut (disusun mengikut dari mula sempurna) ialah :

1. Mohd Azahari bin Abdullah
2. Mohd Arif bin Mail
3. Mohd Nur Amin bin Jemiran
4. Mohd Norfikri bin Norazmizan


Untuk Fasa 1 ini, fokus adalah kepada Mohd Azahari Abdullah dan Mohd Arif Mail.

MOHD AZAHARI BIN ABDULLAH
Aktiviti berteraskan lima komponen Tahap Emas :
1. Khidmat Masyarakat - Sukarelawan
2. Kemahiran - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
3. Rekreasi Fizikal - Bola Tampar
4. Jelajah Lasak - Summer Camp 8 : Kembara Emas Gunung Arong
5. Projek Penempatan - Khazanah Dari Tanah Bencah II

Ketua Mentor : Armizam bin Abd Rahim
Mentor : Mohd Firdaus bin Zainal Abidin
Penilai Dalaman : Mohd Iftitah bin Ishak
Penilai Luaran : Zainal bin Md Ali
Jurulatih : Armizam, Mohd Syawal dan Mohd Salleh Zainal.








Majlis Penyerahan Laporan ARPRM Tahap Emas oleh Azahari Abdullah Ayie Azahari kepada Encik Sashi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Encik Ibrahim Bin Bujang (Unit Rakan Muda) diadakan pada 23 Januari 2016 di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Syabas dan tahniah Ayie.


MOHD ARIF BIN MAIL
Aktiviti berteraskan lima komponen Tahap Emas :
1. Khidmat Masyarakat - Sukarelawan
2. Kemahiran - Inovasi : J'Aro Meat Tenderiser
3. Rekreasi Fizikal - Bola Tampar
4. Jelajah Lasak - Summer Camp 8 : Kembara Emas Gunung Arong
5. Projek Penempatan - Khazanah Dari Tanah Bencah II

Ketua Mentor : Armizam bin Abd Rahim
Mentor Bahasa Inggeris : Azizi bin Abd Rahim
Penilai Dalaman : Mohd Iftitah bin Ishak
Penilai Luaran : Zainal bin Md Ali
Jurulatih : Armizam, Mohd Syawal dan Normah Taib

Arif melaksanakan pelaporan dalam sepenuhnya Bahasa Inggeris. Beliau adalah calon Emas pertama dari G2, Segamat dan Johor yang berbuat demikian. Ia merupakan satu cabaran buat Arif dan beliau telah dapat melaksanakannya.



 



 

 






AHAD, 5 Februari 2017 - Jam 4.00 petang berlangsung Majlis Ringkas Penyerahan Laporan ARPRM Tahap Emas dari Mohd Arif Mail (Arif Arifian) ke Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Ia telah diterima oleh Encik Ibrahim Bin Bujang dari Unit Rakan Muda, PBSD Segamat. Arif telah diringi oleh Encik Hanafie Hasim dalam majlis penyerahan laporan itu. Ini adalah laporan kedua diserahkan oleh G2 tahun ini dan laporan pertama dalam sejarah Johor yang disediakan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris. Di belakang tabir untuk melahirkan seroang Arif pada Tahap Emas (edisi laporan dalam Bahasa Inggeris) adalah - Mizam Rahim Mentor dan Jurulatih (Khidmat Masyarakat, Jelajah Lasak dan Projek Penempatan), Azizi Abd Rahim (Mentor Bahasa Inggeris), Mohd Syawal Baharudin (Jurulatih Bola Tampar), Normah Taib (Jurulatih Kemahiran Inovasi), Iftitah Ishak (Penilai Dalaman) dan Pak Zainal (Penilai Luaran). Juga sebarisan Mentor sokongan yang membentuk dirinya : Mohd Firdaus ZAs, Shamsuddin Bin SukorRaziman Joraimi dan Mentor Perantis Nur Ashrafff. Rakan - rakan sepasukan 'The Survivor' yang sentiasa bina - membina. Tahniah Arif dan terima kasih semua.




Bersambung berikutnya untuk Amin dan Fikri.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...