Sabtu, 26 Januari 2019

[365] Projek Penempatan Siri 10 / 2019 ARPRM Tahap Emas - Lentera Kasih 7.0 Darul Insyirah


07:45 am, 17 Januari 2019 :  Segamat - TBS.
Selamat memulakan Projek Penempatan Siri 10 / 2019 kepada semua 5 orang peserta ARPRM Tahap Emas G2 terdiri 4 orang anak - anak Felda Pemanis dan seorang dari Gen Y Kulai. Bermula hari ini, 17 - 21 Januari 2019 di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi, Selangor.











HARI 1 / 5 : KHAMIS, 17 JANUARI 2019
Hari pertama dari keseluruhan 5 hari Projek Penempatajan Siri 10 / 2019 Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Projek diadakan di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi, Selangor melibatkan 5 orang peserta. Mereka adalah Aneeq (Ketua Projek), Faizal, Azira, Umi dan Syakinah.
.
Penyerahan peserta dan pemantauan hari ini dibuat oleh Encik Shasi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Para peserta bergerak sendiri berkumpulan dengan menaiki pengangkutan awam dan menguruskan pelbagai perkara bermula jam 06.30 pagi. Mereka sampai di Darul Insyirah lebih kurang jam 02.00 petang dan memulakan aktiviti yang dijadualkan.

Antaranya adalah sesi berkenalan dengan pengurusan, penghuni Darul Insyirah, sesi kerohanian dan pelbagai lagi.





HARI 2 / 5 : JUMAAT, 18 JANUARI 2019


Sesi kraftangan bersama bonda - bonda Darul Insyirah, melayani mereka mengurus diri, mendengar cerita kisah mereka. Para peserta ARPRM juga berkongsi cerita masing - masing bersama bonda - bonda ini. Hari ini, sedikit cenderahati diberikan kepada bonda - bonda ini.
Ada kisah sedih yang menyayat hati. Itulah lumrah kehidupan. Kita yang miliki segalanya atau sekurang - kurangnya tidak seperti mereka lafazkankan syukur.















HARI 3 / 5 : SABTU, 19 JANUARI 2019
Sesi dimulakan dengan pembersihan sekitaran kediaman Darul Insyirah diikuti dengan aktiviti menanam benih sayur - sayuran. Selepas makan tengah hari, aktiviti dekorasi kek bersama bonda - bonda Darul Insyirah diadakan diikuti dengan membawa mereka semua bersiar - siar mengambiul angin di sekitar Tasik Cempaka.
Sesi Pemantauan oleh 3 orang Mentor Tahap Emas G2 hari ini untuk Projek Penempatan Siri 10 / 2019 ARPRM Tahap Emas di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi. Mereka adalah Encik Azizi Abd Rahim bertugas di Jabatan Perdana Menteri, Encik Raziman Joraimi (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Encik Shamsuddin Bin Sukor (Jurutera). Mereka semua adalah anak - anak jati Felda Pemanis 1 dan 2.
Encik Ikhsan Wahab, Pemegang Emas 2015 dari Selangor turut bersama hari ini memberikan motivasi dan panduan kepada semua peserta Projek Penempatan.


























HARI 4 / 5 : AHAD, 20 JANUARI 2019
Hari yang amat panjang kerana bergerak dari dari Darul Insyirah ke Darul Insyirah yang lain. Bersama bonda - bonda yang terlantar sakit di katil. Maaf, gambar tidak dapat disiarkan kerana menjaga aurat, maruah dan sensitiviti.
Pada setiap malam terakhir Projek Penempatan, satu sesi rumusan, refleksi dan penilaian secara individu akan dilaksanakan oleh para Mentor Tahap Emas G2 untuk semua peserta bagi siri tersebut. Pada kali ini, 3 orang Mentor dari G2 berkhidmat secara sukarela untuk sesi penilaian ini. Mereka adalah Encik Azizi Abd Rahim (Jabatan Perdana Menteri), Encik Raziman Joraimi (Jabatan Perkhidmatan Awam) dan Encik Shamsuddin Sukor (Jurutera Firma Swasta)
Sesi Penilaian bertujuan untuk mengukuhkan asas dan jiwa kesukarelaan yang lebih bersifat global di kalangan semua peserta ARPRM selain membina keteguhan jiwa.
Hari ini juga menerima kehadiran Encik Ibrahim Bujang, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Juga turut bersama adalah Encik Arif, Pengerusi Gen Y Kulai.



















HARI 5 / 5 : ISNIN, 21 JANUARI 2019
SYABAS DAN TAHNIAH
Tamat sudah Projek Penempatajan Siri 10 / 2019 Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Emas dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Projek diadakan di Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi, Selangor melibatkan 5 orang peserta. Mereka adalah Aneeq (Ketua Projek), Faizal, Azira, Umi dan Syakinah.
Terima kasih Pusat Jagaan dan Pendidikan Warga Emas Darul Insyirah, Bangi, Selangor. Terima kasih semua bonda dan ayahanda.
Terima kasih Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Juga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat,
Terima kasih barisan Mentor sebagai Panel Penilai Dalaman - Encik Azizi, Encik Raziman dan Encik Shamsuddin.
Syabas dan tahniah semua.





























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...