Sabtu, 2 Mac 2019

[374] BootCamp Wanita Muda Kebangsaan 2019

ISNIN - JUMAAT, 25 FEB - 1 MAC 2019 : Program lima hari bermula hari ini 25 Feb - 1 Mac melibatkan 45 orang peserta wanita muda bawah 30 tahun seluruh Malaysia. Ia diadakan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Ia dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

HARI PERTAMA, ISNIN, 25 FEB 2019
Selepas sesi pendaftaran, amanat disampaikan oleh Pengerusi Pusat Belia Antarabangsa (ICY), Dr Mohamed Maliki bin Mohamed Rapie yang juga mantan Presiden Majlis Belia Malaysia. Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia, Encik Hasnul Haniff Harun juga menyampaikan ucapan.

Sesi ice breaking dan pembahagian kumpulan juga diadakan.
Penerangan mengenai projek pertanian dan melihat contoh - contoh projek disampaikan oleh Encik Abdullah Asahai Mohd Johar.
Pada sebelah malam, diadakan sesi Pengucapan Awam.






HARI KEDUA, SELASA, 26 FEB 2019
Antara aktiviti hari ini adalah :
1. Penjenamaan Media Sosial bersama Puan Azzie Atuara
2. Profesional Image Enhancement Workshop bersama Dr Nadiah.









HARI KETIGA, RABU, 27 FEB 2019
Program hari ke 3 diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara aktiviti hari ketiga adalah :
1. Forum Wanita Dalam Revolusi Industri 4.0 di DBP
2. Jelajah Bahasa di DBP
3. Pembentangan Tugasan Kumpulan di UKM.














HARI KEEMPAT, KHAMIS, 28 FEB 2019
Program hari ke 4 diadakan sepenuhnya di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Antara aktiviti hari keempat adalah :
1. Sesi bersama Prof Datin Dr. Norizan Abd Razak, Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.
2. Sesi bersama Prof Madya Dr. Jamaludin Aziz, Timbalan Pengarah Pusat Kepimpinan Wanita Tun Fatimah Hashim, UKM.






HARI KELIMA, JUMAAT, 1 MAC 2019
1. Sesi kunjungan dan program di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
2. Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil oleh Datuk Hatipah Ibrahim, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.










Syabas dan tahniah kepada semua wanita - wanita hebat, Syabas juga untuk wakil Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Nurul Fatin Atirah binti Rosli.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...