Jumaat, 15 Mac 2019

[375] Program Menggapai Pendidikan Ketiga Sesi 2019 / 2020 - Lepasan SPM 2018


KHAMIS, 14 MAC 2019 - Part 1 : Lepasan SPM 2018

Lepasan SPM 2018 hari ini memulakan proses dan urusan permohonan menyambung poengajian menerusi sistem UPU Online (Universiti Awam, Politeknik Premier dan Institusi Latihan Kemahiran Awam), TVET MARA, Institusi Pendidikan MARA, Program IPG dan Program Khas Dalam dan Luar Negara.

Ia diadakan di Pusat Internet Felda Pemanis Dua.

Sesi dimulakan dengan taklimat dan pengiraan markah merit untuk memasuki Universiti Awam dan Institusi Latihan Kemahiran Awam. Ia adalah asas bagi mengukur kelayakan di samping kombinasi keputusan setiap matapelajaran.

Setiap lepasan SPM kemudian menyelesaikan proses permohonan menerusi sistem yang disediakan berpandukan syarat - syarat yang ditetapkan.

























Sukarelawan membantu dalam melicinkan proses permohonan di samping memastikan tidak berlaku kesilapan.

Terima kasih kepada semua yang dapat bersama hari ini. Semoga kita dapat membina masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri, keluarga, komuniti, agama, bangsa dan negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...