Ahad, 31 Mac 2019

[378] Sukan Luar Bandar Negeri Johor 2019

29 dan 30 Mac 2019, Jumaat dan Sabtu - Kg Orang Asli Segamat Kechil, Labis.
Seramai 10 orang sukarelawan dari G2 telah membantu persediaan dan pelaksanaan program Sukan Luar Bandar Negeri Johor Siri 2 Fasa 1 bertempat di Kg Orang Asli, Segamat Kechil, Labis.
Kerja - kerja persiapan dan pesediaan program dilaksanakan pada Jumaat, 29 Mac manakala program berlangsung pada Sabtu, 30 Mac 2019.
Sukarelawan telah membuat persediaan kelengkapan dan susunan tempat program. Mereka juga mengurus dan membantu melaksanakan acara - acara pada hari program.






















Hampir 500 orang telah hadir untuk memeriahkan program yang diadakan. Antara acara yang dipertandingkan adalah futsal, sepak takraw, sukaneka kanak - kanak, sukaneka dewasa, menyumpit, bowling buah kelapa dan tarik tali lelaki dan perempuan.
Program dimulakan dengan pendaftaran, diikuti zumba dan majlis perasmian yang disempurnakan oleh Tuan Penolong Pegawai Daerah Segamat selaku wakil rasmi kepada Tuan Pegawai Daerah Segamat. Turut bersama dan kemudiannya menyampaikan sijil penghargaan adalah YB Hajah Natrah Ismail Ahli Parlimen Sekijang.
















































Pasukan Sukarelawan G2 terdiri daripada para peserta yang sedang mengikuti program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda dari pelbagai tahap. Mereka sedang melengkapkan jumlah jam perkhidmatan kesukarelaan.












Terima kasih kepada Pejabat Belia dan Sukan Derah Segamat dan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor yang memberikan kepercayaan untuk sukarelawan ARPRM G2 berkhidmat. Semoga kita dapat bersama - sama lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...