Selasa, 16 April 2019

[383] Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam SMK Jementah

AHAD, 14 APRIL 2019 - Seramai 102 orang pelajar Islam SMK Jementah, Segamat telah mengikuti program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam yang diadakan di sekolah berkenaan. Program itu telah berlanngsung dari jam 11 pagi dan tamat kira - kira 3 jam berikutnya.
Program Nadwah Kepimpinan Pelajar Islam telah dikendalikan oleh penceramah dan fasilitator dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Ia diselaraskan oleh Panatia Pendidikan Islam dan Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah berkenaan.

4 orang fasilitator dari G2 yang mengendalikan program berkanaan adalah Mizam, Mohd Irfan Abdullah (penerima ARPRM Emas 2017 dan pelajar Kolej Matrikulasi Johor), Hairul Asraf Abas (bakal penerima Emas ARPRM 2019 dan lepasan STPM) dan Mohd Iman Raj Salihin (pelajar terbaik SPM 2018 dari Felda Pemanis dan bekas pelajar MRSM JB).







 






















Menerusi program yang dijalankan, para pelajar telah ditekankan mengenai kepentingan fokus dan peka dalam kehidupan mereka sebagai seorang pelajar mahupun remaja. Cabaran penggunaan teknologi dan bagaimana ianya mengubah haluan fokus juga ditekankan. Beberapa permainan yang menjurus kepada pembinaan kepimpinan dan sahsiah juga telah diadakan.
Sesi perkongsian pengalaman, tips dan panduan untuk belajar telah disampaikan oleh beberapa orang fasilitator. Mereka berkongsi bagaimana untuk bangkit kembali dari kegagalan dan kemudian membina matlamat diri yang tekal.

































Program ditutup dengan penyampaian sijil dan penghargaan oleh Pengetua, Puan Zabedah Abdul Rashid.








Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua, Panatia Pendidikan Islam, Unit Bimbingan dan Kaunseling, semua guru dan para pelajar yang memberikan ruang kerjasama ini diadakan. Semoga sedikit perkongsian akan dapat membantu kita semua dalam melahirkan generasi yang lebih baik dan sedia berdepan dengan hari muka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...