Isnin, 28 Oktober 2019

[427] Tauliah ARPRM 2019 Tahap Gangsa Fasa 1 : Razak, Dayana dan Izham

Bersempena Program PEMASA RUN dan Karnival Sihat SK LKTP Pemanis 1, telah diadakan Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa - The Duke of Edinburgh's International Award Bronze Standard untuk 3 orang penerima dari G2. Mereka adalah sebahagian dari 33 orang penerima Tahap Gangsa yang bersekolah di luar Felda Pemanis yang sedang bercuti dan tidak dapat bersama pada majlis pentauliahan kelak.

Abdul Razak, 14 tahun, bersekolah di SMK Dato' Sri Amar DiRaja Muar.

Dayana Zohari, 14 tahun, belajar di SM Sains Muar.
Muhd Izham Abd Aziz, 14 tahun, belajar di MRSM Mersing.








Sijil, medal dan pin Gangsa telah disampaikan oleh Encik Shahrul Izwan A Rahman, Penolong Pengarah Sukan Prestasi Tinggi Sekolah, Sektor Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Johor diringi Guru Besar sekolah, Encik Helmyazizul.
Kesemua mereka melaksanakan ARPRM menerusi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Tahniah diucapkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...