Suria Sipon dari G2 berpeluang untuk menjadi sebahagian dari urusetia / sukarelawan di dalam Iskandar Putri SDG International Camp. Ia berlangsung dari 22 - 26 November 2019 di Educity, Iskandar Putri, Johor.
Ia merupakan satu inisiatif bagi menyahut seruan Pertubuhan Bangsa - Bangsa Bersatu (United Nation) ke arah pembangunan yang mapan atau lestari.
Aktiviti dijalankan menerusi 17 teras SDG (Sustainable Development Goals) yang mendedahkan peserta kepada peranan dan penggunaan semua 17 teras itu.
Antara teras tersebut adalah Tiada Kemiskinan, Sifar Kelaparan, Kesaksamaan Gender, Mengurangkan Ketidaksamarataan, Tindakan Iklim, Hidupan Akuatik, Hidupan Daratan, Keamanan, Keadilan dan Keteguhan Institusi dan Industri, Inovasi dan Infrastuktur.
Kem ini melibatkan ratusan remaja pelajar dan NGO dari dalam dan luar negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)