Sabtu, 7 Mac 2020

[449] Menggapai Pendidikan Ketiga - Tahun ke 11 : Lepasan SPTM 2019

#STPM2019 : PROGRAM MENGGAPAI PENDIDIKAN KETIGA TAHUN KE - 11 : LEPASAN STPM 2019 - SISTEM UPU ONLINE
Ahad, Isnin dan Selasa | 1, 2 dan 3 Mac 2020
Projek Sukarelawan Pendidikan dari #TeamG2 meneruskan kepelbagaian khidmat pendidikan dengan pelaksanaan tahun ke 11 Program Mengggapai Pendidikan Ketiga - Sistem UPU Online untuk Lepasan STPM 2019.
Lepasan STPM mengurus permohonan mereka untuk kemasukan ke Ijazah Sarjana Muda di Universiti Awam.
Setiap pemohon akan melalui ujian ringkas RIASEC Code Test bagi mengetahui kecenderungan dan minat di dalam diri. Mereka juga akan mengira markah merit kemasukan. Berdasarkan ujian RIASEC, kiraan merit dan keputusan STPM, mereka akan menyesuaikan pilihan masing - masing di dalam sistem UPU yang terdiri dari 12 pilihan.













Selain UPU yang khusus untuk universiti dibiayai Kerajaan, lepasan STPM juga membuat permohonan menerusi Institusi Pendidikan MARA. Ia menjadi pelan sokongan terhadap permohonan UPU.
Semoga semua lepasan STPM 2019 anak - anak Pemanis mendapat tempat ke program Ijazah Sarjana Muda.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...