Jumaat, 26 Februari 2021

[645] Sesi Konsultasi ARPRM #BatchCovid19 - Fasa 1

JUMAAT, 26 Januari - Sesi Konsultasi ARPRM Sesi 2020 / 2021 dimulakan hari ini dengan Fasa 1. Ia merangkumi 9 orang yang terdiri dari seorang Tahap Emas, 6 orang Tahap Perak dan 2 orang Tahap Gangsa.

Dalam suasana pandemik COVID - 19, ia merupakan satu cabaran untuk semua Badan Operasi ARPRM melaksanakan program ini. 















































Kumpulan Fasa 1 hari ini mula melengkapkan dokumentasi beberapa komponen dalam ARPRM yang telah disempurnakan oleh mereka. Empat komponen yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa adalah Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Jelajah Lasak.

Sesi dibahagi kepada dua : Pagi dan petang berasaskan kesesuaian peserta.  Peserta juga mengulangkaji pemahaman mereka terhadap keperluan perlaksanaan ARPRM di samping semakan terhadap aktiviti yang telah disempurnakan sebelum direkodkan secara teratur.

Kohort yang diberi nama #BatchCovid19 ini merupakan kohort yang istimewa kerana pelaksanaan program dalam suasana pandemik bermula tahun lepas.

Program ARPRM - Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda merupakan program bertaraf antarabangsa yang dikenali serata dunia sebagai The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE), diasaskan di United Kingdom. Mempunyai 3 tahap, program ini bersifat jangka panjang dan dilaksanakan berjuta remaja 14 - 24 tahun di lebih 140 buah negara. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merupakan salah sebuah organisasi bertauliah yang diberikan lesen oleh Kerajaan Malaysia dan Award House London menerusi Kementerian Belia dan Sukan untuk melaksanakan program ini.

Untuk keterangan lanjut, hubungi pasukan Mentor Program berikut :

1. Mizam Rahim
2. Suria Sipon
3. Mustakim Akim Mus
4. Azhari Imran

Atau mana - mana Mentor dan Pemegang Emas.

#ARPRM #DofE #DoE #KeranaKitaHamba

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...