Khamis, 5 Mei 2022

[1,019] Bantuan Beras Bangsa Johor - DUN Pemanis : Hari 4 Kg Jawa

HARI 4 : EDARAN BANTUAN BERAS BANGSA JOHOR SEKITAR KAMPUNG JAWA

KG JAWA, 30 April - Sukarelawan Southern Volunteer DUN Pemanis dari #TeamG2 hari ini diamanahkan untuk mengedarkan beras 10kg sumbangan Kerajaan Negeri Johor di kawasan Kg Jawa meliputi Jalan Sungai Jenalim / Dato’ Keramat dan Jalan Maryani. 

Pasukan dipecahkan kepada 2 kumpulan dan bergerak serentak masing - masing di bawah Tok Sallehan (Ketua Kampung) dan Jawatankuasa Kampung.

Untuk Fasa 1, ini adalah hari terakhir sebelum bercuti Aidilfitri. Program agihan akan bersambung semula 8 Mei nanti.


Sumbangan beras ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri Johor untuk semua Ketua Isi Rumah dalam negeri ini. Ia berlangsung dari 27 - 30 April dan 8 - 26 Mei.

#BantuanBeras #BangsaJohor #DUNPemanis






































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...