Isnin, 2 Januari 2023

[1,182] Program Semarak Uniti

PENUGASAN SUKARELAWAN PROGRAM SEMARAK UNITI

SEGAMAT BARU, 31 Disember - Hari terakhir tahun 2022 diisi dengan penugasan sukarelawan bagi menjayakan Program Semarak Uniti bertempat di Dewan Bola Keranjang, Segamat Baru.

Program ini anjuran Kementerian Perpaduan Negara dan Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat yang dipengerusikan oleh Datuk Dr Haji Baharum Mohamed.

Ia telah dirasmikan oleh Tuan Mohd Hafizuddin Abd Jalal, Penolong Pegawai Daerah Segamat selaku wakil rasmi kepada Tuan Pegawai Daerah Segamat. Turut bersama adalah Encik Shahir Ali Huddin, Pegawai Perpaduan Daerah Segamat.


Enam orang sukarelawan telah bertugas iaitu Asraf, Shahrizan, Syazrul, Faiz, Mizam dan Hafiz pada hari program. Hafiz dan Syazrul telah bertugas semenjak malam sebelum program dengan menjaga keselamatan kelengkapan program.

Antara pengisian program adalah sukaneka, sukan rakyat, pertandingan tarik tali, pertandingan pakaian beragam, larian uniti, demonstrasi Bomba dan Penyelamat, pameran Jabatan dan Agensi Kerajaan, pemeriksaan kesihatan, pertandingan gubahan, pertandingan masakan dan banyak lagi.

Hampir 600 orang telah memeriahkan program separuh hari tersebut.

Terima kasih kepada Pertubuhan Kebajikan Prihatin Segamat di atas kerjasama kesukarelaan yang dijalinkan. Terima kasih Kementerian Perpaduan Negara yang telah memberikan peruntukan untuk melaksanakan program ini menerusi bekas Menteri, YB Datuk Halimah Saddique sebelum PRU lepas.

#uniti
































































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...