Khamis, 23 Februari 2023

[1,209] Bengkel ARPRM - Sesi 1, 2023 (Kohort 15 dan 16)

BENGKEL ARPRM - Sesi 1 Kohort 15 (Perak) dan Kohort 16 (Gangsa)

FELDA PEMANIS, 21 Februari - Seramai 15 orang peserta program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) dari Badan Operasi Persatuan Belia G2 Felda Pemanis hari ini mengikuti Bengkel ARPRM - Sesi 1.

Mereka terdiri dari seorang peserta Tahap Emas, 6 orang Tahap Perak dan 8 orang Tahap Gangsa.

Kesemua mereka telah menyempurnakan 3 (atau 4 komponen bagi Emas) dan akan menyempurnakan komponen terakhir bagi melengkapkan 4 (atau 5 bagi Emas) iaitu Jelajah Lasak pada hujung minggu ini.

Proses penyempurnaan dokumentasi menerusi Buku Rekod sedang giat dilaksanakan. Ia dikendalikan oleh Encik Zam dan Encik Azizi, Mentor ARPRM Tahap Emas yang ditauliahkan oleh KBS.

ARPRM merupakan adaptasi dari program The Duke of Edinburgh’s International Award (DofE) yang diasaskan dan berpangkalan di London, United Kingdom.

Persatuan Belia G2 merupakan salah satu Badan Operasi yang diberikan tauliah oleh Kementerian Belia dan Sukan bagi melaksanakan program ini untuk remaja berusia 14 - 25 tahun.

Terima kasih Pusat Ekonomi Digital (PEDI) Felda Pemanis Dua di atas kerjasama yang diberikan.

Dari Lembah Kita Lahirkan #BungaBangsa 

#ARPRM #DofE #TheBonding

















































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...