Khamis, 4 Mei 2023

[1,233] Sesi Penerangan ARPRM SMK Buloh Kasap

SMK BULOH KASAP KEMBALI LAKSANAKAN ARPRM

BULOH KASAP, 3 Mei - Kali terakhir Sesi Penerangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) untuk dilaksanakan di SMK Buloh Kasap adalah pada 21 Februari 2018, lima tahun dahulu. Hari ini, ia kembali ke sekolah berkenaan untuk dilaksanakan semula menerusi penyelarasan Unit Bimbingan dan Kaunseling.

Selama sejam setengah, sesi penerangan ARPRM dihadiri oleh kira - kira 40 orang pelajar Tingkatan 2 hingga 5 terdiri dari Student Leader Board (SLB) dan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sekolah berkenaan.

Sesi dimulakan dengan amanat oleh Encik Maizatul Asrul Mohd Yunus, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. Beliau mengucapkan syabas dan tahniah kepada para pelajar yang akan melaksanakan ARPRM kali ini. Ia kemudian diiikuti oleh penerangan pelaksanaan  oleh Encik Mizam, Mentor dan Ahli Jawatankuasa Operasi dan Teknikal ARPRM Kebangsaan.




Dua sesi perkongsiaan pengalaman peserta ARPRM kemudian diceritakan oleh Mohd Faiz Ahmad dan Kadem Abdul Kahar. Faiz, penerima Anugerah Tahap Emas 2020 manakala Kadem pula bakal tauliah Tahap Emas pada tahun ini.

Terima kasih dan tahniah diucapkan kepada SMK Buloh Kasap, khususnya Tuan Pengetua, Guru Bimbingan dan Kaunseling dan terutamanya para pelajar yang bakal melaksanakan ARPRM. Semoga hujung tahun ini SMK Buloh Kasap bakal menerbitkan kembali kemilau penerima Tahap Gangsa dan seterusnya mengorak langkah ke tahap seterusnya.

#ARRPM #DofE #SMeKS #BungaBangsa








































Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...