Khamis, 15 Jun 2023

[1,263] Konsultasi Pendidikan Ketiga : Lepasan SPM 2022 - Kemaskini

 PROGRAM MENGGAPAI PENDIDIKAN KETIGA : LEPASAN SPM 2022 - KEMASKINI / MOHON BARU

FELDA PEMANIS, 11 - 13 Jun - Sejurus keputusan SPM keluar, pelbagai usaha dilakukan bagi memastikan peratusan menyambung pengajian tidak mengecil, sebagaimana statistik kebangsaan tahun lepas. Pelbagai usaha juga dilakukan menyelesaikan masalah yang dihadapi, termasuk berkaitan keputusan peperiksaan yang tersangkut, permohonan baharu dan kemaskini.

Selama 3 hari, anak - anak FELDA Pemanis telah diberikan peluang untuk membuat permohonan baharu dan kemaskini bagi program - program Lepasan SPM 2022. Ia meliputi :

1. Matrikulasi KPM

2. Institut Pendidikan Guru (IPG)

3. UPU - Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti, Institut Latihan Kemahiran Awam (ILKA) sama ada berteraskan akademik mahupun TVET

4. Program Institusi Pendidikan MARA (IPMA)

Para remaja #Batch05 lepasan #SPM2022 telah membuat sama ada permohonan baharu atau kemaskini. Ia berdasarkan keputusan SPM mereka, kelayakan, minat, markah merit dan pelbagai input lagi.

Terima kasih semua yang membantu : YB Tuan Haji Anuar Abdul Manap di atas bantuan penyelesaian masalah, Pusat Internet Digital FELDA Pemanis 2, senior - senior, ibu bapa dan semua pihak.

Semoga berjaya semua #BungaBangsa.




























Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...