Memaparkan catatan dengan label Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Papar semua catatan

Selasa, 12 Mei 2015

[148] Catatan Pengalaman Kem Pemilihan Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015

CATATAN PENGALAMAN
 KEM PEMILIHAN PESERTA PROGRAM PERTUKARAN BELIA ANTARABANGSA 2015


Oleh : Sharifah Shazwani Zaini dan Suria Sipon

Pengalaman ini bermula apabila kami mendapat maklumat daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis agar mengisi borang bagi menyertai Program Pertukaran Belia Antarabangsa (International Youth Exchange Programme). Seramai 13 orang yang mengisi borang permohonan tersebut. Borang tersebut perlulah diisi dengan lengkap tanpa maklumat palsu ataupun kesilapan tulisan.

Program Pertukaran Belia Antarabangsa  merupakan program tahunan di bawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS). Program ini merupakan kerjasama diantara kerajaan dua negara yang terlibat. Antara program yang ditawarkan adalah seperti berikut ;

1.  Ship for South East Asia Youth Programme
2.  Malaysia - Korea Youth Exchange Programme
3.  Malaysia - Fakuoka Youth Exchange Programme
4.  Malaysia - Indonesia Youth Exchange Programme
5.  Malaysia - Singapore-Malaysian Youth Programme
6.  Asean Programmes
7.  Commonwealth Programmes
8.  Invitation Programmes
9. According to the requirement by KBS


Cara-cara Memohon
  • Dapatkan borang daripada Web Kementerian Belia & Sukan (KBS)
  • Borang permohonan adalah berwarna biru.Permohonan selalunya akan ada pada bulan Januari atau awal bulan Februari. Selalu dapatkan maklumat terkini mengenai maklumat yang terdapat di laman web KBS.
  • Pastikan tiada kesilapan maklumat diri yang diisi daripada borang pemohonan.Pastikan juga email yang diberi adalah email yang kerap digunakan supaya sebarang makluman daripada pihak KBS dapat diketahui.
  • Perlukan cop dan tandantangan pengesahan dari organisasi yang anda wakili, contohnya Persatuan Belia.


Mari saya cerita tentang pengalaman kami. Ia dimulakan dengan mengisi borang untuk program tersebut. Kemudian, dihantar terus ke KBS.  Pada suatu hari kami mendapat maklumat supaya menyemak email sama ada dapat menduduki Ujian Psikologi ataupun tidak. Apabila kami semak pada email saya,  didapati tiada  email daripada pihak KBS. Tetapi pihak Persatuan Belia G2 Felda Pemanis mengatakan kami dapat menduduki Ujian Psikologi tersebut. Jadi saya pun menelefon pihak KBS untuk memastikan perkara tersebut. Ternyata apabila diteliti, masalah berpunca daripada kesilapan menulis alamat email. Setelah dibetulkan alamat email, barulah kami  menerima emel tersebut . Kemudian saya mengesahkan kehadiran sy untuk menduduki ujian psikologi tersebut. Moralnya, perbaiki mutu tulisan tangan dan jangan sampai sukar atau silap dibaca, jangan jadi seperti kami!



Pada 18 April 2015, Ujian Psikologi telah dijalankan di KBS, Putrajaya. Seramai 9 orang daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dapat menduduki ujian tersebut. Terdapat 160 soalan untuk diselesaikan dalam masa satu jam. Dah nama pun ujian psikologi,  jadi jawablah sejujurnya tentang diri anda. Mereka yang telah selesai menduduki Ujian Psikologi tersebut hanya perlu menunggu keputusan utk melangkah ke peringkat yang seterusnya.

Pada lingkungan bulan April atau Mei, keputusan Ujian Psikologi pun keluar. Seramai 5 orang daripada Persatuan Belia G2 Felda Pemanis melepasi Ujian Psikologi dan terpilih untuk menyertai Kem Pemilihan. Mereka adalah MOHD AMEERUL FADZLI AZMI (27 tahun) , NURFARINA BASRI (22 tahun), MUHAMMAD AZHARI IMRAN (18 tahun ) , SURIA SIPON (18 tahun) dan SHARIFA SHAZWANI ZAINI (18 tahun). 

Sebelum pergi ke kem pemilihan tersebut, kami telah membuat persediaan serba sedikit bagi elemen kebudayaan dan kefasihan bertutur dalam Bahasa Inggeris seperti berlatih zapin (boleh juga membuat apa jua jenis kebudayaan yg anda mahir). Selain itu, kami juga berlatih pengucapan awam. Suka diingatkan bahawa kem tersebut sangat menegaskan kita bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana semua aktiviti yang diadakan adalah memerlukan kita untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.


Pengalaman Kem Pemilihan Peserta Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2015

8 Mei 2015 (Jumaat)
Kami bertolak ke Port Dickson dengan menaiki kereta yang dipandu oleh guru kami sendiri pada pukul 9.00 pagi. Perjalanan mengambil masa 3 jam. Apabila tiba di tempat kem, kami ke Dewan Akademi untuk pendaftaran peserta dan urusan penginapan kami sepanjang kem itu. Selepas makan tengahari di kantin pula, kami membuat persiapan kendiri. Kami seterusnya ke Dewan Akademi untuk sesi taklimat pengurusan program yang panjang lebar menyentuh mengenai peraturan kem. Setelah itu, majlis suai kenal telah diadakan. Kami dibahagikan kepada sepuluh kumpulan dengan diketuai seorang ketua bagi setiap kumpulan.

Aktiviti diteruskan dengan  program Fit Malaysia yang bermula seawal jam 6.30 petang yang diisi dengan aktiviti senamrobik.

Pengisian pada waktu malam pula adalah Eksplorasi Berkumpulan. Aktiviti ini juga melibatkan pendapat masing-masing. Aktiviti ini kita diberi setengah jam untuk memberikan beberapa  pendapat ataupun idea mengikut topik atau tajuk yang diberi mengikut kumpulan masing-masing. Karangan sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris untuk melihat kemampuan kita sebelum dibawa ke luar negara. Seterusnya, aktiviti “Olahan Minda” bersama kumpulan. Setiap kumpulan dikehendaki menyampaikan hasil perbincangan kumpulan masing-masing. Pastikan kita terlibat dalam pembentangan walaupun watak sampingan. Ini dapat menyedarkan kami tentang kebolehan dan kemampuan kami sebagai insan yang mempunyai kekuatan diri yang unggul.




Sebelum masuk tidur, sesi muhasabah atau ‘renungan kendiri’ telah diadakan bersama-sama para fasilitator. Sesi ini telah berlarutan hingga larut malam kerana kesuluruhannya ramai peserta yang teringin berkongsi pengalaman dan mengutarakan buah fikiran masing-masing. Kami juga diajarkan teknik berkomunikasi yang efektif. Selama ini, kami beranggapan bahawa komunikasi merupakan penyampaian maklumat secara mudah antara manusia. Sebenarnya komunikasi efektif lebih daripada itu. Untuk mencapai tahap komunikasi yang berkesan, seseorang perlu menghormati pihak yang satu lagi serta menguasai kemahiran tertentu seperti gaya pertuturan, kadar percakapan, kesabaran diri dan kejelasan sebutan.
                                                                                                                              

9 Mei 2015 (Sabtu)
Hari kedua kem pada sebelah pagi diadakan Fit Malaysia seawal jam 6.30 pagi selepas peserta-peserta beragama Islam menunaikan solat subuh. Para peserta dinasihatkan bangun pada pukul 5.00 pagi setiap hari. Kemudian pada jam 8.30 pagi pula diadakan Diskusi selama satu jam setengah. Aktiviti tersebut dijalankan dalam kumpulan masing-masing di mana setiap kumpulan diberi satu tajuk yang perlu dibincangkan. Setelah aktiviti Diskusi tersebut, sesi perbahasan dalam kumpulan selama tiga jam setengah telah berlangsung yang diadili oleh panel / fasilitator setiap kumpulan. Setiap kumpulan akan dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu pihak pembangkang dan pencadang. Setiap ahli kumpulan juga akan diberi masa selama tiga minit untuk bercakap dalam Bahasa Inggeris.


 


Pada sebelah petang pula diadakan Fit Malaysia dan Eksplorasi secara berkumpulan yang paling mencabar. Sepanjang beberapa kilometer laluan kembara, para peserta diuji dari segi ciri-ciri seperti kepimpinan, kepatuhan, kejelikitan kumpulan, daya ingatan, kebolehan berfikir dan membuat keputusan. Para peserta berpendapat bahawa aktiviti ini merupakan pengalaman yang sukar dilupakan. Kini, barulah kami sedar bahawa kehidupan ini diselubungi pelbagai cabaran yang sedia menanti.








Acara kemuncak pada malam kedua ialah Malam Youth Got Talents. Malam Youth Got Talents ini juga diuruskan oleh peserta sendiri seperti persiapan tempat, hiasan pentas, menyambut VIP dan sebagainya. Pelbagai telatah dan ragam yang menghiburkan dipersembahkan oleh para peserta kem. Peserta juga dapat menunjukkan bakat masing-masing sambil menghiburkan diri sendiri dan peserta-peserta lain. Acara-acara yang sempat dipersembahkan termasuklah nyanyian, lakonan, deklamasi sajak, berdikir barat, tarian dan berpantun. Perasaan gembira tergambar dengan jelas pada wajah setiap peserta. Sedikit pun tidak kami sangka bahawa banyak antara kami yang mempunyai bakat untuk berlakon.


10 Mei 2015 (Ahad)
Pada hari ketiga, kegiatan harian dimulai dengan aktiviti Fit Malaysia yang diisi dengan Zumba selama satu jam. Kemudian, pada jam 8.30 pagi telah diadakan Public Speaking (semua peserta) dan temuduga pula bagi individu yang memilih untuk menyertai Ship for South East Asia Youth Programme. Peserta juga boleh memilih apa-apa sahaja topik yang menarik dalam pengucapan awam tersebut.  Peserta telah ditugaskan supaya bercakap dalam bahasa Inggeris serta pastikan juga kelancaran, intonasi yang menarik dan penggunaan perkataan yang sesuai supaya penilai tertarik mendengarnya.  Be confident! (:




Aktiviti diagihkan kepada tiga kumpulan di mana aktiviti tersebut dijalankan di tempat yang berbeza-beza. Aktiviti tersebut telah berakhir pada jam 12.00 tengahari dan diikuti dengan acara penutup. Kem ini tamat dengan rasminya. Sesi bergambar bersama panel dan fasilitator diadakan. Setelah mkn tengahari, kami bersalam - salaman sesama sendiri sebelum berangkat pulang. Perasaan sedih dan terharu jelas tergambar di wajah masing-masing. Walaupun keletihan, kami berasa puas terhadap perjalanan kem ini.

Oh, ya ... sebelum mengakhiri catatan ini, mari kami hiburkan anda semua dengan dengan dua klip video persembahan Malam Youth Got Talent. :)


Ini adalah Tarian Wau Bulan :)


Ini pula Tarian Zapin - Bunga Hutan ... yang tak berapa nak zapin :)






Selasa, 16 September 2014

[107] Laporan Program ASEAN - Indian Student Exchange 2014 (Catatan, Gambar dan Video) | Program Pertukaran Belia Antarabangsa - International Youth Exchange Programme

International Youth Exchange Programme
Program Pertukaran Belia Antarabangsa
ASEAN - Indian Student Exchange 2014

SATU lagi sejarah tercipta untuk Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Salah seorang ahlinya berjaya untuk mendapat tempat dalam Program Pertukaran Belia Antarabangsa. Kali ini menerusi ASEAN - Indian Student Exchange Programme 2014 yang diadakan di India pada 31 Ogos - 9 September 2014. Tahniah untuk MOHD FIRDAUS HAJI ZAINAL ABIDIN yang terpilih sebagai salah seorang 13 orang Belia Malaysia ke program tersebut.

Ini adalah kali kedua bagi G2. Pertama pada tahun 2009 (lima tahun lepas) apabila Shamsudin Sukor ke APEC Young Leadership Programme sempena Persidangan APEC di Singapura. Beliau mewakili Rakan Muda Malaysia. Program itu di bawah Bahagian Pembangunan Rakan Muda. Manakala Firdaus pula mewakili Belia Malaysia, di bawah Bahagian Pembangunan Belia.

Kisahnya bermula begini.

Seramai 15 orang calon dari G2 mengisi borang untuk Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2014. Persaingan memang sengit kerana bilangan program dan tempat yang ditawarkan adalah terhad. Imbas kembali 15 orang yang memohon awalnya adalah :

1. Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin 
2. Mohd Hazizi Jemiran
3. Ahmad Nur Hadi Mashod
4. Nurfarina Basri
5. Muhammad Salleh
6. Mohamad Hafizan
7. Mohd Nur Ashraff Husin
8. Mohd Firuddin Rahmat
9. Mohd Zulkarnain Parsin
10. Ariffin Samad
11. Saifuddin Mohd Isa
12. Hasni Zaini
13. Mohd Shukery Mahayaludin
14. Mohd Idham Jalak
15. Mohd Rahimi Baharudin

Namun begitu, hanya 11 orang calon yang dapat ke Kem Pemilihan (Assessment Centre). Empat lagi calon tidak dapat berbuat demikian kerana sebab – sebab yang tertentu.

Jumaat, 7 Mac 2014, Assessment Centre (Kem Pemilihan) Program Pertukaran Belia Antarabangsa menjejakkan kaki ke tempat terakhir iaitu Zon 6 : Wilayah Pantai Timur. Ia diadakan di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Terengganu, Kuala Terengganu. Diuruskan oleh Unit Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Dua calon dari Persatuan Belia G2 Felda Pemanis (Mohd Firdaus Zainal dari UMT Kuala Terengganu dan Hasni Zaini dari IKBN Kemasik, Kemaman) melengkapkan senarai semua calon yang menjalani saringan mewakili G2. Calon - calon dari G2 menduduki pemilihan ini di tiga zon : Tengah (Bukit Kiara, KL), Selatan (Ayer Keroh, Melaka) dan ini di Pantai Timur (Kuala Terengganu). 


Lama berlalu untuk menanti jawapannya. Akhirnya pada Isnin, 25 Ogos 2014, jam 03.00 petang, satu panggilan dari Unit Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia diterima oleh Firdaus menyatakan sama ada bersetuju atau tidak untuk mengikuti ASEAN - Indian Student Exchange Programme 2014. Pada awalnya, kerana keputusan tidak dapat dibuat memandangkan semester baharu pengajian pelajar Ijazah Sarjana Muda bakal dibuka. Namun , akhirnya pada jam 04.30 petang, keputusan dibuat untuk menerima tawaran program tersebut.

Selasa, 26 Ogos 2014 – Ke Putrajaya untuk menyelesaikan beberapa urusan berkaitan. Pertama, tentulah ke Imigresen Malaysia bagi membuat Paspot Antarabangsa Malaysia. Kemudian, ke Unit Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia bagi menyerahkan salinan dokumen – dokumen berkaitan dan mendapatkan info lanjut berkaitan. Segala urusan dan perhubungan kemudiannya, terutama yang melibatkan dokumen, dilakukan mengggunakan email.


Selesai urusan di Putrajaya, maka persiapan dilakukan untuk berlepas. Satu lagi kejutan berlaku apabila KBS memaklumkan bahawa Pre Departure Training (PDT), salah satu program wajib untuk semua peserta sebelum berlepas, akan diadakan selama tiga hari bermula Jumaat hingga Ahad.

Maka, pada Jumaat, 29 Ogos 2014, melapor diri di Lobi Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Para peserta beramah mesra dengan Datuk Jamil Salleh, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Seramai 13 orang peserta mengesahkan tawaran untuk mengikuti program.

Kemudian, urusan visa dibuat di Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia bertempat di Mount Kiara. Selesai urusan visa, para peserta program dibawa ke Kompleks Rakan Muda Klang untuk menjalani Pre Depart Training sehingga tengah hari Ahad.

Beberapa taklimat telah diadakan di Kompleks Rakan Muda Klang selain meyelesaikan urusan – urusan rasmi yang berkaitan. Para peserta juga mengambil kesempatan untuk menjalani latihan kebudayaan, sebagai persediaan untuk dipersembahkan di sana nanti.

Ahad, 31 Ogos 2014 jam 6.15 petang, penerbangan Penerbangan Singapore Airlines (MI339 oleh Silk Air) transit di Singapura dan kemudian ke Bengaluru, India pada jam memerusi KLIA berlepas. Amat signifikan kerana ia merupakan penerbangan di petang #Merdeka57, pada hari negara menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 57. Segala kos ditanggung oleh penganjur iaitu CII (Confedaration of Indian Industries) dan Kerajaan India.




Ini adalalah senarai 13 orang peserta Belia Malaysia yang ke program tersebut, termasuk dua orang pegawai KBS.


1.    Encik Khairul Adri bin Dato’ Rosli (KBS)
2.    Shafiqah Hani bte Sulaiman (KBS dipinjamkan ke KPM)
3.    Mohd Firdaus bin Zainal Abidin – Ketua Kumpulan
4.    Mohd Azabul Kabul bin Mohd Zain
5.    Muhammad Taufiq b Azman
6.    Kisha Ambigapathy
7.    Muhammad Farhan Nasri bin Hamdan
8.    Muhamad Nasrul bin Shaidon
9.    Mizan bin Mazlan
10.  Raizen Mahathir bin Shaharin
11.  Shantila Vegosin a/p Veerayan
12.  Sharifah Nurhafizah bt Syed Sagap
13.  Tulip Adzarlia bt Mohamad Adzali
14.  Synary bt Mohd Ismail Ganesan
15.  Ledesma Stevan

Kisah seterusnya adalah di India.

Para peserta ASEAN – Indian Student Exchgange Program akan berada selama 10 hari di 4 tempat berlainan di India iaitu Bengaluru, Ahmedabad , Delhi  dan Agra.

Antara  aktiviti, tempat atau interaksi yang diadakan sepanjang tempoh tersebut adalah :

1.       Syarikat IT – Infosys / Wipro
2.       Syarikat Bosch
3.       Escon Temple
4.       Kilang Honda / TVS
5.       Indian Institute of Management (IIM)
6.       Organisasi Orang Kurang Upaya
7.       Interaksi dengan Young Indian CEOs
8.       TCS
9.       Citypulse
10.     Ahmedabad Haat
11.     Harsha Engineering
12.     Prasad Group of Companies
13.     Gandhi Ashram
14.     Hospital
15.     Dilli Haat
16.     Taj Mahal
17.     Foreingn Service Institute
18.     Indian Institute of Technology
19.     Universiti
20.     Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke India







Sepanjang program, para peserta menginap di Hotel Marriot sama ada di Bengalore, Ahmedabad atau New Delhi. Pada malam terakhir, diadakan Gala Nite di mana Majlis Penyampaian Sijil diadakan dan para peserta dari setiap negara akan mempersembahkan persembahan kebudayaan masing – masing.

Delegasi Belia Malaysia telah mempersembahkan gabungan tarian Malaysia.



Antara kenangan paling bermakna tentunyalah ke Taj Mahal. Taj Mahal adalah sebuah monumen yang terletak di Agra, India. Dibangun atas keinginan Kaisar Mughal Shāh Jahān, anak Jahangir, sebagai sebuah istana untuk Arjumand Banu Begum, juga dikenal sebagai Mumtaz-ul-Zamani atau Mumtaz Mahal. Pembangunannya menghabiskan waktu 22 tahun (1630-1653) dan merupakan sebuah adi karya dari arkitek Mughal.


Shah Jahan, kaisar dari Kekaisaran Mughal memiliki kekayaan yang besar selama masa kejayaannya. Pada 1631 isteri ketiganya dan merupakan isteri yang paling dicintainya mati sewaktu melahirkan puterinya Gauhara Begum, anak ke-14 mereka.
Pada tahun 1983 Taj Mahal diterima sebagai Warisan Dunia oleh UNESCO. Ia adalah salah satu dari 7 keajaiban dunia yang asal.


Di New Delhi, delegasi Belia Malaysia sempat bertemu dengan Mr. Wan Aznainizam Yusri Wan Abdul Rashid (Deputy High Commissioner Malaysia to India).

Delegasi belia Malaysia untuk Program Pertukaran Belia Antarabangsa : ASEAN - India selamat tiba di KLIA pada jam 9.38 pagi tadi. Penerbangan dari New Delhi dan transit di Singapura.



Tanggungjawab seterusnya adalah menyediakan laporan. Setebal 38 halaman dan 7 salinan, Laporan Program ASEAN - Indian telah siap dan sempurna untuk dihantar ke Unit Antarabangsa, Bahagian Pembangunan Belia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Ia juga dilampirkan dua keping DVD dengan data hampir 8 GB.
Buat pertama kali, sepenuhnya dalam Bahasa Inggeris.
Setiap orang peserta menyumbang bahagian dlm laporan. Satu pengalaman membuat laporan program dalam Bahasa Inggeris dan kolaborasi dengan belia seluruh Malaysia untuk menyempurnakan. Antara khazanah dokumentasi laporan paling bermakna dan bernilai yg G2 akan simpan selain laporan PB / MYKD yang biasa.

Pengalaman mengikut Program Pertukaran Belia Antarabangsa 2014 : ASEAN – Indian Student Exchange di 4 tempat di India merupakan sesuatu yang amat bermakna. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis merakamkan terima kasih kepada yang memberikan ruang kepada kami untuk sekali lagi di dalam program antarabangsa ini.

Sedikit tulisan dalam Bahasa Inggeris.

Asean India Students Program 2014 was a really eye-opening program that assembles bright young minds across Asean countries comprise of Malaysia,Indonesia,Cambodia and Laos. Throughout the 10 days of program, we had been exposed to various sector in India such as manufacturing, IT and service industry. We also had the opportunity to step into india’s most beautiful state-of-the-art buildings, the Great Taj Mahal and not to forget browsing through the history of non violence movement of Mahatma Gandhi that leads to independence of the nation. The diversity that each delegates of the nations bring had made us more understanding towards each other. We get to form networks across the national boundaries thus ensuring stronger ties between each country. Last but not least, each individuals that participate in this event had come back to their homeland as a new person with aim to become the change that we want to see in this world.

I get to experience life in another country: Exchange allows me to experience what it is like to live and learn in another country, which, for many, is an eye-opening, once-in-a-lifetime experience. By having the opportunity I able to discover in a place that is unfamiliar to me, thus it will develop self-awareness and self-esteem in a manner that cannot be duplicated. 


Expand my language skill: While on exchange, I got the opportunity to improve my English language and learn a foreign language as I never had before. From my view, being on exchange and learning a new language will aid students in the future by allowing them to explore new interests, and will likely also help widen the student’s range of future career options. Besides that I also believe with a good communication it will develop more intimate relationships between the societies.

Educational benefits: Exchange enables me to add to the knowledge which is enhanced interest in global issues as well as a broader general knowledge. Besides that I also gain a lot of knowledge in term of the industrial that focused by India especially in terms of Technology, manufacturing, and so on.

Meet new friends from all around the world: It is so much fun when exchange students get together. Being an exchange student is one of the most challenging things a young person may ever experience, and it is wonderful to know people who are facing similar challenges during that time. The friendships one creates while on exchange are often very long-lasting – and studded with great memories! Thank you Indonesia, Laos and Cambodia!
On behalf of all the participants of the Malaysian Youth selected for this program, we feel that this program is very beneficial. Little flaws and faults are common.
Hopefully it will be continued in the coming year.

Thank you to the Ministry of Foreign Affairs, Government of India and Confederation of Indian Industry (CII) on the sponsorship and organization of the program. Thanks to the Ministry of Youth and Sports Malaysia (KBS), which has chosen us and give us the opportunity to pursue on the international stage.
Thank you!


Gambar - gambar juga ada di Instagram G2 dengan katakunci beliag2pemanis.

Berikut pula adalah 8 klip video yang menceritakan perjalanan program. Untuk beratus - ratus lagi klip video program - program melibatkan G2, sila ke Saluran YouTube G2 Pemanis.

























Sekian, semoga kita bertemu lagi di dalam Program Pertukaran Belia Antarabangsa yang akan datang.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...