Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Program. Papar semua catatan

Isnin, 18 Ogos 2014

[104] Program Permentoran Matematik Teras Tingkatan 5 (SPM)



Pada Sabtu, 16 Ogos 2014 telah diadakan Program Permentoran Matematik untuk semua pelajar Tingkatan 5 SMK Pemanis yang bakal menghadapi SPM. Program ini adalah anjuran bersama Panatia Matematik SMK Pemanis dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bertempat di SMK Pemanis. Ia dibahagikan kepada dua sesi iaitu Sesi 1 : 08.00 - 10.30 am dan Sesi 2 : 11.00 am - 1.30 t/hari.

Program telah dijayakan oleh seramai 12 orang fasilitator matematik, semuanya adalah anak - anak Felda Pemanis sama ada yang masih lagi belajar di IPTA mahupun yang telah tamat belajar. Terima kasih diucapkan kepada tenaga penggerak program ini iaitu : 


  1. Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin (Sarjana Muda Sains Gunaan – Pemuliharaan dan Pengurusan Biodiversiti, UMT, Penyelaras Projek)
  2. Mohd Rashid Admon (Sarjana Muda Sains – Matematik, UTM, Ketua Fasilitator 1)
  3. Muhd Shukri Hasan (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik, UTHM, Ketua Fasilitator 2)
  4. Ahmad Nur Hadi Mashod (Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik – Kuasa, UNITEN)
  5. Khairul Azhar Baharudin (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, UTeM)
  6. Mohd Zharfan Haji Daim (graduan Politeknik Ibrahim Sultan)
  7. Mohd Zulkarnain Parsin (Sarjana Muda Ekonomi, UM)
  8. Mohd Arifin Samad (Sarjana Muda Teknologi Kejuruteraan, UTeM)
  9. Nur Hidayah Zainal Abidin (Sarjana Muda Kejuruteraan Kimia Persekitaraan, UiTM Bukit Mertajam)
  10. Hatika Omar (Sarjana Muda Keusahawanan, UiTM)
  11. Zafirah Zainal Abidin (Graduan Sarjana Muda Perbankan Islam, UiTM, Segamat)
  12. Nurfarina Basri (Sarjana Muda Sistem Pejabat, UiTM Machang, Kelantan).


Persatuan Belia G2 Felda Pemanis juga merakamkan jutaan terima kasih buat guru – guru yang bersama di dalam program : Puan Hajah Siti Radziah (GPK Ko Kurikulum) dan Cikgu Norhayati Sulong (Guru Matematik).

Yang lebih penting adalah kumpulan sasaran, khusus buat adik - adik pelajar yang bakal menghadapi SPM, dengan doa dan harapan agar kejayaan mengiringi semua. 

Setiap usaha itu, walau sekecil mana sekalipun, pasti dikira oleh Allah. Kita berusaha, Allah mengaturnya. Terima kasih dan semoga kita berjumpa lagi.






Gambar - gambar, ada di Album Gambar Facebook Belia Felda Pemanis : Klik Di Sini untuk terus ke Album Gambar.

Manakala, berikut adalah 3 klip video yang sempat dirakam sebagai kenangan program.






Sabtu, 27 Julai 2013

[78] Ramadhan 1434H : Menyemai Bunga Bangsa

Ramadhan kali ini sungguh istimewa. Dalam bulan berkat ini, G2 melaksanakan salah satu dari 'signature programme' iaitu Bengkel Matematik Tambahan Siri 3. Ia disekalikan dengan Bengkel Matematik Untuk Tingkatan Tiga, Ceramah Halatuju Pendidikan dan Majlis Berbuka Puasa.  G2 juga sempurna melaksanakan Pogram Bicara Perkongsian Pengalaman. Secara keseluruhannya, terdapat 5 program yang telah dilaksanakan dengan jayanya. 

# Yang lebih penting dan membanggakan, program dijayakan oleh anak - anak Pemanis. Mereka yang mewakili Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dan Kelab Alumni SMP - G2. Mereka juga  merupakan anak jati Pemanis, mendapat pendidikan awal di Pemanis atau di SMK Pemanis. Boleh diumpamakan, sirih pulang ke gagang.

Berikut merupakan sinopsis program, pautan gambar dan video bagi setiap program yang telah dijalankan.

1. Bengkel Matematik Tambahan (Tingkatan 4 dan 5) Siri 3 2013 pada Sabtu dan Ahad, 20 dan 21 Julai 2013. Terima kasih kepada Fasilitator Rabiatul Munirah Alpandi, Mohd Rashid Admon, Ahmad Nur Hadi Mashod dan co - fasi Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Diam tak diam, sudah 3 Siri G2 melaksanakan bengkel ini. Sesungguhnya komitmen yang diberikan oleh pasukan fasilitator amat mengujakan. Sambutan dan respon yang diterima dari adik - adik peserta juga amat menggalakkan. G2 amat berharap agar program ini dapat diteruskan pada masa - masa akan datang.




Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Pertama

Bengkel Matematik Tambahan Siri 3 Bersama G2 - Hari Kedua



2. Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan 3) sebagai sebahagian dari persediaan menghdapati PMR pada Sabtu, 20 Julai 2013. Terima kasih kepada fasilitator Ahmad Nur Hadi Mashod, Mohd Firdaus Zainal dan Mohd Shukri Hassan. Semua pelajar Tingkatan Tiga SMK Pemanis telah terlibat.

Program ini mempunyai matlamat untuk memastikan adik - adik yang bakal menghadapi PMR menguasai Matematik dan dapat menjawab soalan - soalan yang diberikan. Bengkel secara teknik tutorial ini menggunapakai pendekatan latihan dan bimbingan secara terus kepada pelajar. 

Bengkel Matematik (Untuk Tingkatan Tiga) Bersama G2



3. Ceramah Halatuju Pendidikan dan Kerjaya kepada semua adik - adik Tingkatan Tiga, 4 Sains dan 5 Sains yang sampaikan oleh Cik Nurul Aniza Paiman. Beliau merupakan Pengerusi Biro Pendidikan dan Pengajian Tinggi , Persatuan Belia G2 Felda Pemanis. Program telah diadakan pada Sabtu, 20 Julai 2013 pada jam 05.30 - 06.30 petang.

Antara yang disentuh oleh Aniza adalah apakah laluan - laluan yang boleh dipilih oleh adik - adik Tingkatan 5 selepas menerima keputusan SPM untuk menyambung pengajian mereka, sama ada menerusi laluan akademik ataupun latihan kemahiran. Juga dibincangkan adalah apakah bidang atau jurusan yang boleh mereka ambil, sejajar dengan pencapaian, bakat, kebolehan dan minat mereka.

4. Majlis Berbuka Puasa yang diadakan sempena Bengkel Matematik Tambahan dan Matematik tersebut. Terima kasih kepada semua barisan Exco yang dapat meluangkan masa berbuka puasa bersama adik - adik yang sedang menuntut ilmu. Ia diadakan pada hari Sabtu, 20 Julai 2013.

Lebih kurang 100 orang terlibat dalam Majlis Berbuka Puasa ini.

Gambar Program Motivasi dan Berbuka Puasa



Program Motivasi Halatuju Pendidikan dan Kerjaya | Majlis Berbuka Puasa



5. Program Bicara Perkongsian Pengalaman. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Kelab Alumni SMP - G2 dan SMK Pemanis telah mengadakan Program Bicara Perkongsian Pengalaman sebagai motivasi dan galakan kepada adik - adik Tingkatan Tiga yang bakal menghadapi Percubaan PMR minggu ini dan PMR akan datang. Program ini dijayakan oleh Mohd Firdaus Zainal, Rashid Admon dan Muhamad Shukri. Ia diisi dengan sesi bicara pengalaman, teknik ulangkaji, sikap, dorongan, halatuju, tayangan 4 video dan kepentingan pengisian rohani. Program diakhiri dengan Solat Zuhur berjemah semua pelajar lelaki SMP dengan diimamkan oleh Rashid Admon.

Gambar Program Bicara Perkongsian Pengalaman


Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Rashid Admon



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Firdaus Haji Zainal Abidin



Bicara Perkongsian Pengalaman - Mohd Shukri Hasan



# Terima kasih kepada semua. Terima kasih SMK Pemanis. Terima kasih Kelab Alumni SMP - G2. Terima kasih adik - adik 4 Azam, 5 Azam dan semua Tingkatan Tiga tahun 2013. 

# Tentunya paling bernilai, terima kasih kepada semua fasilitator yang terlibat. Semoga apa yang kita usahakan, baik pada pihak fasilitator mahupun adik  - adik pelajar dalam bulan Ramadhan penuh berkat ini mendapat ganjaran Allah. Doakan agar kita bertemu lagi :)

Sabtu, 27 Oktober 2012

[50] - Korban Perdana Parlimen Sekijang Aidil Adha 1433H / 2012M

Ahli Parlimen Sekijang YB Datuk Haji Baharum Mohamed telah mengadakan Program Ibadah Korban seluruh masjid dalam kawasan Parlimen Sekijang. Ia melibatkan 20 buah masjid dengan setiap masjid diberikan peruntukkan 2 ekor lembu. Jumlah keseluruhan 40 ekor.


Di Felda Pemanis, dua ekor lembu sumbangan YB Datuk Haji Baharum juga telah diberikan kepada Masjid Felda Pemanis Satu dan Masjid Felda Pemanis Dua.

Ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis bersama - sama Jawatankuasa Masjid Felda Pemanis Dua dan Cawangan Felda Pemanis Dua telah sama - sama 'mengerjakan' lembu tersebut di Masjid Felda Pemanis Dua.

Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama menjayakan program ibadah korban yang serba ringkas ini. Namun begitu, ia mempunyai siginifikasi yang cukup besar.

Gambar - gambar program boleh dilihat di sini : Ibadah Korban Lembu Sumbangan Ahli Parlimen Sekijang 2012







Manakala berikut pula adalah videonya :



[100:G2] - Korban Perdana Parlimen Sekijang 2012 - Masjid Felda Pemanis Dua
# Video ini, kebetulan, adalah video ke - 100 dalam koleksi TV G2 Pemanis Youtube.

Jika mahu mengimbas kembali, berikut pula adalah video ibadah korban yang sama pada tahun sebelumnya iaitu 2011.



Korban Perdana Parlimen Sekijang 2011- Surau Felda Pemanis Dua
# Video ini mencatat jumlah tontotan tertinggi (setakat blog ini ditulis) untuk semua koleksi video diawamkan oleh G2.


Semoga ibadah korban yang kita lakukan pahalanya sampai dari Allah untuk kita semua. Amin.

Ahad, 23 September 2012

Kebudayaan : Persembahan Kuda Kepang

Pada sabtu, 15 September 2012, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah mengadakan persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya, Segamat. Ia dijemput bagi meraikan majlis walimatulurus pasangan pengantin di sana. Persembahan kuda kepang ini telah dijayakan dengan bantuan dari 'orang - orang lama dan berpengalaman'.

Maklumlah, kuda kepang merupakan antara persembahan seni tradisi yang 'berat'. Perlukan banyak pengalaman dan kemahiran untuk menguruskan dan membuat persembahan.

Sebanyak dua pusingan persembahan telah diadakan. Sambutan agak luar biasa. Ramai yang hadir. Menurut anggaran sesetengah penganalisa, hampir 400 orang menyaksikannya. Ia mungkin kerana persembahan ini jarang - jarang diadakan di kampung tersebut. Namun begitu, kehadiran ramai telah memberikan suntikan semangat kepada semua ahli yang terlibat dengan persembahan kuda kepang ini.

Terima kasih kepada Wak Yo (Sunaryo Supar) dan Wak Basiran (Basiran Ahmad) yang masih lagi percaya kepada kami anak - anak muda Pemanis untuk meneruskan kesinambungan leagasi seni budaya ini.

Gambar - gambar persembahan ada di sini : Persembahan Kuda Kepang di Kg Melayu Raya

Buat pertama kalinya juga, persembahan ini dirakam (walau tidak sepenuhnya, tetapi memadailah) dan disiarkan di Saluran G2 Pemanis YouTube. Boleh tonton di bawah ini :


Video 1 / 2 : Persembahan Pertama



Video 2 / 2 : Persembahan Kedua

Kepada rakan - rakan yang merindui persembahan kuda kepang, sekarang sudah boleh tonton secara online seperti di atas. 

Oh ya, kalau berhajat untuk mengundang kami membuat persembahan, bolehlah hubungi Hanafie Hasim 017 - 7807384 atau Khalid Abu Talib 017 - 7909276. Bayaran boleh dirunding :)

# Terima kasih kerana sentiasa menyokong perkembangan seni budaya kuda kepang. Warisan orang Johor Jawa!

Khamis, 7 Jun 2012

Bengkel Matematik Tambahan 2012

Pada 4 - 6 Jun 2012, telah diadakan Bengkel Pemantapan Matematik Tambahan 2012 anjuran Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama PIBG SMK Pemanis dan Alumni SMK Pemanis.


Gambar - gambar boleh dilihat di Facebook Belia Felda Pemanis (link di sini) :
1. Hari Pertama
2. Hari Kedua
3. Hari Ketiga dan Majlis Penutup Ringkas


Manakala berikut ada video - video program :











Terima kasih kepada semua yang menjayakan. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian. :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...