Memaparkan catatan dengan label Belia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Belia. Papar semua catatan

Sabtu, 25 Jun 2016

[197] Program Rakan Muda Ramadhan - Tadarus dan Khatam al - Quran Peringkat Negeri Johor 1437H / 2016M

Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor dan Kerajaan Negeri Johor telah mengadakan Program Rakan Muda Ramadhan 1437H / 2016M pada Khamis, 23 Jun 2016 bersamaan 18 Ramadhan 1437H di Masjid An Nur, Seri Dayong, Seri Medan, Batu Pahat. 





Progam dimulakan dengan Tadarus al - Quran, diikuti dengan majlis Khatam al - Quran, perasmian oleh YB Exco, Datuk Zulkurnain Haji Kamisan (Penegrusi Jawtaankuasa Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor merangkap ADUN Seri Medan), tazkirah oleh Imam Muda Nazrul dan berbuka puasa. 







Setiap daerah dalam negeri Johor menghantar penyertaan untuk program ini. Daerah Segamat telah diwakili oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, seramai 35 orang. Dalam Majlis Khatam Al - Quran, Segamat diwakili ole Nur Ashraff dan Badrul Halim. Semua peserta diberikan sijil oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.













Untuk gambar - gambar penuh, boleh lawati Facebook Belia Felda Pemanis. Manakala berikut adalah 3 klip video yang sempat dirakam sebagai kenangan dimuatnaik ke Laman YouTube Belia G2 Felda Pemanis.






Semoga Ramadhan akan datang akan dapat kita jumpa dan bersama lagi :)



Ahad, 13 September 2015

[169] Kursus Asas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dengan kerjasama Majlis Belia Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat telah mengadakan Program Latihan Kemahiran Tidak Formal - Kursus Asas Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator pada hari ini, Sabtu 12 September 2015. Ia dilaksanakan di Kolej Komuniti Segamat, Bandar Putra. 



42 orang peserta mengambil behagian dan dibahagikan kepada dua kumpulan. Kursus dari pagi hingga ke petang ini telah ditutup secara rasmi oleh Ustaz Nizam, Naib Pengerusi 1, Majlis Belia Daerah Segamat. Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menghantar lima orang peserta untuk kursus pendek ini, yang terdiri daripada peserta ARPRM Tahap Emas, Mentor dan Penilai ARPRM.

Para peserta telah diajar asas - asas menggunakan perisian grafik Abode Photoshop dan Adobe Illustrator. Antaranya adalah asas mengedit gambar, memanipulasi teks dan merekabentuk grafik. Dua orang pensyarah Kolej Komuniti Segamat telah bergilir mengajar.





Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta kegunaan kedua - dua perisian tersebut. Pihak penganjur berhasrat untuk mengadakan Kursus Lanjutan memandangkan kepentingan, sambutan dan respon yang amat menggalakan dari para peserta. Untuk setiap Program Kursus Pendek di Kolej Komuniti, para peserta sebenarnya harus membayar RM 5. Dalam hal ini, dua kursus seharusnya dibayar RM 10. Tetapi menerusi Program Latihan Kemahiran Tidak Formal (LKTF) ini, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat telah menangunggung kesemua kos yuran program. Malah diberikan juga makan minum sepanjang kursus.

Banyak Program Kursus Pendek disediakan oleh Kolej Komuniti. Antaranya selain kursus berteraskan ICT dan Multimedia, terdapat juga kursus masakan, kerohanian, bahasa dan teknologi.

Untuk maklumat lanjut, bolehlah berkunjung ke laman web Kolej Komuniti Segamat di http://www.kkseg.edu.my. Laman blog Majlis Belia Daerah Segamat pula boleh diakses menerusi http://mbdsegamat.blogspot.my/.

Gambar - gambar penuh program tentunya ada di Facebook Belia Felda Pemanis, atau terus ke Album Gambar Program.



Amat berharap kursus - kursus seumpama ini dapat diadakan selalu. Terima kasih Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, Maljis Belia Daerah Segamat dan Kolej Komuniti Segamat.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...