Selasa, 31 Disember 2013

[91] Imbasan 2013



SETAHUN telah berlalu. 2013 banyak memberikan kenangan, pengalaman, pengajaran dan pendidikan bermakna buat hidup kami. 

Seperti yang diungkapkan menerusi The Blue Ocean Strategy : Tidak ada persahabatan yang hanya dipenuhi dengan gelak ketawa. Namun kami sentiasa seronok pada setiap hari dalam perjalanan kami kerana kami sedang melaksanakan misi untuk belajar dan memperbaiki diri. Persahabatan telah menjadikan hidup kami lebih sempurna dan lengkap serta dunia kami lebih cantik. Kami tidak berseorangan. 

Selamat tinggal 2013 dan Selamat Tahun Baru 2014 untuk semua.























Merakamkan setinggi - tinggi TERIMA KASIH kepada semua yang telah bersama - sama kami sepanjang tahun 2013. Semoga kebersamaan ini memberikan nilai dan makna yang progresif untuk kita semua. 

Sabtu, 28 Disember 2013

[90] Tiga Video Klasik Dari Program Silam

Unit Komunikasi, ICT dan Media Baru Persatuan Belia G2 Felda Pemanis berusaha untuk menjejaki koleksi video dan gambar - gambar program silam. Usaha memvideokan program untuk dimuatnaik ke dalam YouTube bermula secara insentif pada 27 April 2012. Sebelum tarikh itu, kebanyakan video yang dirakam adalah secara suka - suka sahaja.

Justeru, sebenarnya ada banyak video sebelum tarikh 27 April 2012 yang telah dirakam. Sebahagiannya telah berjaya dijejaki dan didokumentasikan di Saluran YouTube G2 Pemanis sebagai sebahagian dari sejarah dan untuk tatapan generasi akan datang.

Antaranya adalah tiga video ini :

Pentauliahan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Parlimen Sekijang tahun 2008

Summer Camp 2 yang diadakan di Hutan Lipur Sungai Bantang.
Diperolehi dari sumber dan diterbitkan semula 2013

Operasi Khidmat Masyarakat Mahasiswa UiTM Shah Alam di Felda Pemanis Dua


Jika ada sebarang gambar atau video program - program silam, anda boleh kongsikan bersama kami. Hubungi kami menerusi Facebook Belia Felda Pemanis atau email  terus bahan ke mizam_rahim@yahoo.com. Terima kasih.

Selasa, 17 Disember 2013

[89] - Empat Video Pertandingan Futsal Jemputan (Tertutup) Persatuan Belia Bumbun 2013

AHAD, 15 Disember 2013 (mungkin Ahad terakhir bermain pertandingan futsal, kerana selepas ini Johor akan bekerja dan bersekolah hari Ahad) telah diadakan Pertandingan Futsal Jemputan (Tertutup) anjuran Persatuan Belia Bumbun. Sebanyak 21 pasukan telah mengambil bahagian. Johan disandang oleh pasukan K - Focre. 

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menghantar tiga pasukan. FCG2 B sampai ke suku akhir manakala FCG2 A dan FCG2 C sehingga peringkat kumpulan sahaja. Terima kasih kepada semua pemain dan pengurusan pasukan FCG2. Terima kasih juga kepada pihak penganjur, Persatuan Belia Bumbun. Jumpa lagi dalam mana - mana Pertandingan Futsal 2014 pula.


Berita Harian, Edisi Nasional
Sabtu, 28 Disember 2013, Halaman 47 (Sukan)




Berikut adalah empat klip video yang sempat dirakam.







Khamis, 21 November 2013

[88] Catatan Azhari Imran ke Anugerah Inovasi Negara



Kali ini pertandingan yang kami sertai telah mempertandingkan produk – produk yang cukup hebat hasil daya usaha antara pelajar dan guru-guru. Kumpulan yang menyertai pertandingan ini sedikit sebanyak membuka mata pihak syarikat – syarikat yang ingin mencari produk baru. Kumpulan kami pula telah berubah di mana Anisya Natasya telah diserapkan ke dalam kumpulan kami, di samping saya, Adilah Sahari dan Suria Sipon.

Perjalanan kali ini bermula pada hari Isnin. Kami semua akan berkampung di kota bandaraya terkemuka itu selama lima hari. Alhamdulillah, perjalanan yang lancar, tetapi telah mencacatkan sedikit perjalanan kami apabila kami hampir tiba di situ.

Kami terpaksa berulang kali menelefon urusetia yang bertugas untuk peserta kategori sekolah ini kerana kami tidak tahu tentang selok belok ke tempat kediaman kami iaitu Arena Luxury Star Hotel . Setelah satu jam mengharungi kesesakan lalu lintas. Akhirnya, kami tiba di hotel jam 1.30 petang. Kami merupakan peserta terakhir yang sampai di situ.

Selepas mengemas barang di bilik, kami dibawa menaiki bas ke Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) di mana tempat acara itu berlangsung. Setelah siap mengemas booth,diberi tag peserta, kami semua diberi minum petang di Killiney Kopitiam. Aktiviti pada hari pertama tamat jam 7 p.m. Pada malam itu, Encik Armizam telah tiba di situ juga. Dia membuatkan kami berasa lebih bersemangat untuk bertanding.

Keesokannya, selepas sarapan, kami berkumpul di lobby. Pada hari kedua belum lagi penjurian  kerana para peserta diberi peluang untuk mempamerkan dahulu produk mereka kepada pengunjung – pengunjung yang hadir. Walaubagaimanapun, kami agak kekok kerana ahli kumpulan kami iaitu Suria telah ditimpa demam.

Pada hari ketiga, seawal jam 6 pagi debaran untuk bertanding semakin terasa. Kami bersiap dengan pakaian uniform sekolah. Suria telah semakin sihat. Setelah sarapan, kami bertolak ke tempat KLCC jam 8 pagi . Kami memanaskan badan dahulu dengan latihan – latihan pembentangan. Kami mempraktiskan input-input yang telah diberikan oleh guru kami iaitu Tuan Haji Muzaffar.
 .
Debaran semakin bertambah apabila kelima – lima juri telah mengunjungi booth pameran yang pertama. Setelah hampir setengah jam kami menunggu juri, akhirnya mereka sampai. Salah seorang daripada juri itu telah pun kami kenal dimana beliau telah mengadili kumpulan kami juga semasa kami pergi bertanding di Pertandingan Inovasi Sains dan Kejuruteraan Kebangsaan (Intel ISEF Malaysia), Gambang Resort, Kuantan sebelum itu.


Pada hari itu juga, pada jam  4 petang, kami telah dibawa ke SkyBridge dan ke tingkat 86 untuk menikmati permandangan di sekeliling Kuala Lumpur.
             
Setelah hampir 25 minit kami terangkan tentang produk kami, kesemua juri seakan-akan terkedu dan tidak mempunyai sebarang soalan yang ingin ditanya. Mereka memuji produk kami dan mereka mengatakan produk kami berasaskan sumber yang tulen dan selaras dengan tema WIF iaitu “The Future We Desire” .
           
Pada hari Khamis, kami teruskan pameran itu dan telah bertukar-tukar pandangan dengan pengunjung yang hadir. Kami juga telah berkenalan dengan kawan – kawan yang baru dan telah bertukar – tukar alamat laman sosial. Aktiviti lain yang terdapat di situ telah disertai oleh ramai pengunjung dan juga peserta. Antara akitiviti yang menarik perhatian Tuan Haji Muzaffar ialah yang dianjurkan oleh Genovasi.

Di situ kami diarahkan mencipta alat untuk insan bernama Ali yang mengalami kemalangan dan terputus tangan. Peserta pertama yang berjaya mencipta alat itu ialah Tuan Haji Muzaffar. Kami menyertai pertandingan itu dan telah dihadiahkan sehelai baju yang tertulis “I Ate The Cheese”
 .
Pada malam tersebut, kami telah pergi ke malam gala di mana semua peserta yang menyertai WIF berkumpul di situ. Kami dihiburkan oleh beberapa muzik yang dimainkan oleh Dr Joanna Chong yang mempunyai PhD dalam bidang muzik. Seterusnya adalah persembahan artis. Artis yang hadir pada malam itu ialah Ning Baizura. Beliau kelihatan berseri dengan pakaian beliau dan ditambah dengan senyuman yang menawan. Beliau mendengdangkan tiga buah lagu pada malam itu.

Selepas makan malam dan hiburan artis, acara dinantikan telahpun tiba. Pasukan Inovasi SMK LKTP Pemanis telah dinobatkan sebagai pemenang untuk kategori peringkat sekolah. “Yeah !” . Suria menjerit kegembiraan, Adilah dengan lingangan air matanya, Anisya pula terus menampakkan riak wajah yang gembira.

Kami dengan wajah yang gembira terus menaiki pentas untuk menerima cek sebanyak RM 10,000 dan sebuah piala. Sebaik sahaja turun dari pentas, wartawan ingin menemu ramah kami selepas majlis itu. Acara malam itu berakhir jam 11 malam. Encik Armizam tidak dapat bersama kami sehingga ke hari terakhir kerana mempunyai urusan lain. Pada malam itu, kami berasa amat penat tetapi penat yang menghasilkan.


Pada hari terakhir disitu, kami menikmati sarapan pada pagi itu dan kami berangkat pulang dengan wang tunai RM 10,000 . Kami mulakan perjalanan balik jam 9.30 pagi. Kami berasa berpuas hati dengan pencapaian kali ini.

Di kesempatan ini, izinkan saya untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pengetua SMK LKTP Pemanis, Puan Hajah Masitah Yusuf, mantan YDP PIBG Allahyarham En Musa bin Sadin (yang banyak memberi sokongan pada permulaan), YDP PIBG SMK Pemanis Tuan Haji Sabtu Ibrahim, Guru Pembimbing yang juga merupakan GPK HEM Tuan Haji Muzaffar, Penyelia Bersama Projek En Armizam bin Abd Rahim,  ibu bapa, guru-guru, , En Azizi bin Abd Rahim, senior-senior kumpulan inovasi, abang - abang dan kakak – kakak Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang memberikan sokongan dan dorongan,  rakan sepasukan dan pihak-pihak yang sedikit sebanyak menjadikan projek ini telah berjaya terhasil. Terima kasih semua!


Laporan disediakan oleh,
Muhammad Azhari Bin Imran

Ketua Kumpulan Inovasi Sains

Selasa, 19 November 2013

[87] Cerita Manis Mengendalikan Program Remaja Perdana Rakan Muda


Ini adalah Montaj Persembahan Multimedia yang dibuat oleh G2 
untuk Konvensyen dan Majlis Pentauliahan 
Program Remaja Perdana Rakan Muda Johor 2013


TERIMA KASIH SEMUA ... Alhamdulillah, kami Persatuan Belia G2 Felda Pemanis memenangi Anugerah Badan Operasi Aktif Kategori Persatuan (NGO) untuk Program Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat Negeri Johor 2013 pada Sabtu, 9 November 2013.  Terima kasih kepada Kerajaan Negeri Johor, Jabatan Belia dan Sukan Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat, organisasi yang bekerjasama dengan kami dan paling bernilai untuk semua ahli - ahli Persatuan Belia G2 Felda Pemanis yang menjayakan Program Remaja Perdana Rakan Muda tahun 2013 dan tahun - tahun sebelumnya.


Ia telah diadakan di Dewan Bandaran, Bandar Penawar (KEJORA), Kota Tinggi dan disampaikan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Johor yang mewakili YB Exco Belia dan Sukan Kerajaan Johor. Pentauliahan bagi peserta Tahap Perak Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda seluruh Johor juga telah diadakan.














Gambar - gambar sekitar Majlis Pentauliahan boleh dilihat di Facebook Belia Felda Pemanis. Klik pautan tersebut.









Ahad, 17 November 2013

[86] Cerita Manis Anugerah Inovasi Negara 2013



PASUKAN Penyelidikan Saintifik 'dHolland as Natural Pesticides' memenangi pengiktirafan tertinggi Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Menjadi penerima Anugerah Inovasi Negara 2013 (Kategori Sekolah). Majlis penyampaian anugerah di adakan di Kuala Lumpur Convention Centre. YB Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyampaikan anugerah. 


ANUGERAH INOVASI NEGARA diadakan sempena World Innovation Forum (WIF) dan National Innovation, Conference and Exhibition (NICE) oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Berlansung dari 12 - 14 November 2013 di Kuala Lumpur Convention Centre. Untuk AIN 2013, 4 kategori dipertandingkan dengan setiap kategori 10 finalis ke peringkat akhir kebangsaan. Dari Felda Pemanis, kumpulan adik - adik SMK Pemanis merupakan salah satu kumpulan di dalam Finalis Kategori Sekolah.

Pasukan Penyelidikan :
1. Mohd Azhari bin Imran
2. Noradilah bte Sahari
3. Suria bte Sipon
4. Anisya Natasya

Penyelia / Pembimbing
1. Tuan Haji Muzaffar Shah bin Ghazali
2. Armizam bin Abd Rahim



Koleksi gambar sepanjang program AIN 2013 ada di Facebook Belia Felda Pemanis.



Ini pula ada koleksi 8 buah video sepanjang AIN. Termasuk Berita dari Astro Awani. Semua video ini dikoleksikan di Channel YouTube G2.










Isnin, 14 Oktober 2013

[86] Jambori Rakan Muda Daerah Segamat 2013 - Urusetia dan Jadual Program



Jambori Rakan Muda Daerah Segamat 2013 akan diadakan pada 25 - 27 Oktober 2013 bertempat di Hutan Lipur Sungai Bantang, Bekok, Labis, Segamat. Ia adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama Pejabat Hutan Segamat dan Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) Daerah Segamat.

Berikut adalah Pasukan Urusetia (Pengurusan dan Operasi) yang akan mengendalikan program tersebut :


Manakala berikut pula, secara dasarnya, adalah tentatif program :


Urusetia menyasarkan seramai 40 orang peserta yang terdiri dari para pelajar lepasan PMR dan yang sedang melaksanakan Program Remaja Perdana Rakan Muda akan mengambil bahagian.

Semoga program ini akan berjalan dengan lancar.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...