Sabtu, 1 Februari 2014

[95] Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke - V, 2014

ALHAMDULILLAH, selesai menunaikan kewajiban sebagai sebuah Persatuan dengan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan 2014. Mesyuarat ini adalah selaras dengan Akta 668 : Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia dan dibaca sekali dengan Perlembagaan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis Fasal 9 (2) dan Fasal 10 (Agenda Mesyuarat Agung). 

Mesyuarat Agung Tahunan kali ini merupakan mesyuarat pemilihan, dengan penjawat jawatan untuk sesi 2014 - 2016.

Turut diadakan penyampaian penghargaan Pelajar Cemerlang PMR 2013 dan Pelajar Cemerlang Inovasi 2013. Terima kasih kepada semua yang hadir dan terima kasih kepada semua Pegawai dan Exco sesi 2012 - 2014. Selamat menunaikan tanggungjawab kepimpinan untuk barisan baru 2014 - 2016. Selepas ini adalah proses penyediaan Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) untuk diserahkan kepada Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY), sebagaimana termaktub di dalam Akta 668 : Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia

Berikut adalah Barisan Kepimpinan Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sesi 2014 - 2016 :

Pengerusi : Hanafie Hasim
Naib Pengerusi : Mohd Syawal Baharudin
Setiausaha : Muhd Nur Ashraff Husin (dilantik)
Bendahari : Mohd Helmi Rohani (dilantik)

10 orang Ahli Jawatankuasa :
1. Hazizi Jemiran
2. Mohd Firdaus Zainal Abidin
3. Ahmad Nur Hadi Mashod
4. Nurul Jannah M Noor
5. Ananurlela Abd Rahim
6. Muhd Nur Ashraff Husin
7. Suria Sipon
8. Khalid Abu Talib (dilantik)
9. Nurul Aniza Paiman (dilantik)
10. Mohd Saifuddin Mohd Isa (dilantik)

Dua orang Juruaudit
1. Nurfarina Basri
2. Mohd Shukery Mahayaludin

Tiga orang Pemegang Amanah
1. Mohd Firuddin Rahmat (dilantik)
2. Abdul Salihul Halim Haji Wagiman (dilantik)
3. Mohd Zulkarnain Parsin (dilantik)

Tiga orang Ahli Lembaga Penasihat
1. Azizi Abd Rahim (dilantik)
2. Shamsuddin Sukor (dilantik)
3. Raziman Joraimi (dilantik)

Gambar - gambar sekitar Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke - V, sepenuhnya ada di Album Facebook Belia Felda Pemanis.





Dua video di bawah adalah antara yang sempat dirakamkan oleh jurukamera kami, Hasni Zaini dan Mohd Nur Ashraff.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...