Selasa, 4 Februari 2014

[96] Maklumat Yang Kena Diberi (MYKD) Selepas AGM V, 2014

Seksyen 22, Akta 668 : Akta Petubuhan Belia dan Pembangunan Belia menyatakan :
Maklumat yang diberikan oleh pertubuhan belia berdaftar 
22. Tiap-tiap pertubuhan belia berdaftar hendaklah mengemukakan kepada Pendaftar dalam masa enam puluh hari selepas mengadakan mesyuarat agung tahunannya atau sekiranya tiada mesyuarat agung tahunan diadakan, dalam tempoh enam puluh hari selepas berakhirnya setiap tahun kalendar— 
(a) suatu salinan yang benar dan lengkap apa-apa pindaan kepada kaedah-kaedah pertubuhan belia itu yang dibuat sejak tarikh pendaftaran atau tarikh penyata terakhir; 
(b) suatu senarai yang benar dan lengkap pemegang jawatan dan bilangan anggota pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia pada tarikh penyata itu atau, sekiranya tiada seorang pun pemegang jawatan pertubuhan belia itu yang bermastautin atau berada di Malaysia, nama, alamat dan pekerjaan orang di Malaysia yang diberi kuasa untuk bertindak untuk atau bagi pihak pertubuhan belia itu, dan bilangan anggotanya yang sedemikian bersama dengan suatu senarai yang benar dan lengkap mengenai pemegang jawatan bagi semua cawangan, jika ada, pertubuhan belia itu; 
(c) alamat atau tempat urusan pertubuhan belia itu; 
(d) akaun bagi tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu bersama dengan kunci kira-kira yang menunjukkan kedudukan kewangan pada penutup tahun kewangan terakhir bagi pertubuhan belia itu; 
(e) nama dan alamat mana-mana pertubuhan, persatuan, atau mana-mana kumpulan orang lain, yang diperbadankan atau tidak diperbadankan, di luar Malaysia yang dengannya pertubuhan belia itu mengikut apa-apa cara bersekutu atau bergabung; 
(f) perihalan apa-apa wang atau harta, apa-apa faedah atau keuntungan kewangan yang diterima oleh pertubuhan belia itu daripada mana-mana sumber di luar Malaysia dan butir-butir lain yang berkaitan; dan 
(g) apa-apa maklumat lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Pendaftar dari semasa ke semasa.

Berdasarkan kuatkuasa Seksyen 22 Akta 668 ini, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah menyempurnakan dokumen MYKD sejurus selepas Mesyuarat Agung Tahunan ke - V, yang berlansung pada Jumaat, 31 Januari 2014 yang lalu.

MYKD mengandungi komponen - komponen berikut :

Borang PPB 09 - 2 salinan (dimuat turun di laman web ROY)
Senarai Penuh AJK - 2 salinan
Senarai Penuh Keanggotaan  Pertubuhan Belia - 2 salinan           
Minit Mesyuarat Agung Tahun Semasa - 2 salinan
Penyata Penerimaan dan Pembayaran serta Kunci Kira-kira - 2 salinan




Dengan sempurnanya MYKD ini, kini segala urusan berkaitan permohonan bantuan dan lain - lain lebih mudah diuruskan. Persatuan telah selamat melaksanakan AGM, telah ada Minit Mesyuarat Agung Tahunan, telah ada laporan kewangan yang disahkan dan lain - lain dokumen yang diperlukan sebagai proses biasa permohonan bantuan dari Jabatan atau Agensi Kerajaan.

Terima kasih kepada semua rakan - rakan yang bersama menunaikan amanah dan kewajiban ini. Amanah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan dan kewajiban menyempurnakan MYKD. Syabas dan Tahniah kerana kita sudah tidak berhutang apa - apa lagi dengan tuntutan undang - undang Malaysia!



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...