Khamis, 2 Oktober 2014

[110] Bengkel Dokumentasi Diari Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Kumpulan 2014

Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sebagai Badan Operasi Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARP RM) telah melaksanakan Bengkel Dokumentasi Diari ARP RM sepanjang bulan September 2014 yang lalu. Ia dikhususkan untuk peserta tahap Gangsa dan Perak.

Untuk mengetahui apakan yang dimaksudkan dengan ARP RM itu, sila klik ke pautan khas di blog ini berkenaan program tersebut, di sini.

Bengkel ini dibahagikan kepada dua fasa : Fasa 1 (dua minggu pertama) dan Fasa 2 (dua minggu berikutnya). Matlamat bengkel adalah untuk memastikan bahawa pelaporan aktiviti setiap komponen di dalam ARP RM dicatat dengan sempurna di dalam Diari ARP RM para peserta. Setiap peserta ARP RM diberikan buku paspot dan diari yang perlu mereka isi sebagai bukti penglibatan aktiviti mereka, berdasarkan 4 komponen wajib mengikut jumlah masa (bulan dan jam) yang ditetapkan bagi setiap tahap iaitu Gangsa dan Perak.

Bengkel ini diadakan pada sebelah malam, hujung minggu atau jika ada masa kelapangan setiap peserta dan mentor yang terlibat. Fleksibliti ini diambil kira kerana kebanyakan peserta ARP RM adalah di kalangan pelajar sekolah atau IPT. Begitu juga mentor dan fasilitator yang terlibat mempunyai kekangan kerja hakiki mahupun aktiviti lain. Nanum begitu, semua faktor ini tidak menjadi penghalang besar untuk bengkel ini dilaksanakan dengan jayanya.

G2 meletakkan sasaran sejumlah 25 orang peserta Tahap Gangsa dan 25 orang Tahap Perak menyempurnakan dokumentasi untuk layak ditauliahkan pada tahun ini. Di akhir Fasa 2, sejumlah 27 orang peserta Tahap Perak dan 26 orang peserta Tahap Gangsa berjaya menyempurnakan dokumentasi. Ia menjadikan jumlah keseluruhan seramai 53 orang. Namun begitu, masih ada beberapa orang peserta yang berpotensi untuk menyiapkan dokumentasi dan akan berbuat demikian. 

Bengkel Dokumentasi Diari ARP RM Kumpulan 2014 ini telah berjaya mencapai matlamat dan jumlah sasaran yang ditetapkan oleh Persatuan. Satu pencapaian untuk semua peserta dan fasilitator yang terlibat.

Berikut adalah gambar - gambar terpilih untuk bengkel Fasa 1 dan Fasa 2.

Gambar Penuh Bengkel Fasa 1 : Di sini
Gambar Penu Bengkel Fasa 2 : Di sini

Bengkel Dokumentasi ARP RM G2 Kumpulan 2014 Fasa 1














 Bengkel Dokumentasi ARP RM G2 Kumpulan 2014 Fasa 2






















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...