Ahad, 28 Jun 2015

[158] Bengkel Matematik Tambahan Siri 7, 2015

Sekali lagi, buat kali ke 7, Alhamdullilah, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis sekali lagi mengadakan Bengkel Matematik Tambahan. Kali ini memasuki Siri ke 7 untuk tahun ke 4 perlaksanaan. Kali ke tiga ianya diadakan dalam bulan Ramadhan.

Bengkel Matematik Tambahan Siri 7, 2015 adalah anjuran Persatuan Belia G2 Felda Pemanis dengan kerjasama SMK Pemanis, Alumni SMK Pemanis dan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Ia diadakan selama 3 hari dari 25 - 27 Jun 2015.










Selama tiga hari itu, seramai 12 orang Fasilitator telah bersilih ganti menyumbang khidmat bakti mereka membantu adik - adik pelajar Tingkatan 4 Azam dan Tingkatan 5 Azam (kelas aliran Sains Tulen) dalam memahami asas Matematik dan memantapkan penguasaan Matematik Tambahan. Mereka adalah :

1. Rabiatul Munirah Haji Alpandi (Pelajar PhD Matematik, UPM)
2. Mohd Rashid Admon (Pelajar Ijazah Sarjana Muda - Matematik, UTM)
3. Azni Shahira Haji Alpandi (Pelajar Perubatan, UIAM)
4. Amni Haslinda Haji Alpandi (Pelajar Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan, UTP)
5. Ahmad Nur Hadi Mashod (Pelajar Ijazah Sarjajna Muda Kejuruteraan, UNITEN)
6. Mohd Syafiq Wahid (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang)
7. As Syifa' Daim (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Pahang)
8. Aspa Lili Azura Jaaffar (Lepasan Sains, Kolej Matrikulasi Perak)
9. Zainornatikah Abu Talib (Lepasan Akaun, Kolej Matrikulasi Pahang)
10. Nur Syafika Mohd Isa (Lepasan Akaun, Kolej Matrikulasi Pahang)
12. Ernee Natasha Mohd Suleiman (Pelajar IB JPA MARA ke UK)

Mereka adalah sama ada  bekas - bekas pelajar SMK Pemanis atau anak - anak Felda Pemanis yang mendedikasikan cuti untuk menjayakan program ini. Terima kasih diucapkan.


Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh Puan Zabedah Abd Rashid, GPK 1 SMK Pemanis. 







Secara keseluruhannya, berikut adalah 7 siri Bengkel Matematik Tambahan yang telah dilaksanakan oleh Persatuan Belia G2 Felda Pemanis.


Gambar - gambar program ada di sini :


Manakala berikut adalah 4 video yang sempat dirakam :





Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini :)


2 ulasan:

  1. Slm. Saya adalah guru mate tambahan. Ingin bertanya sekiranya modul yg diguna semasa bengkel itu, boleh ke mohon share? Sy ingin guna untuk bantu pelajar saya yg markahnya dibawah 20%.
    Ini email saya wnhz2001@yahoo.com.
    Mohon sgt2. Tkasih bnyk. Jazakallahu khairan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih cikgu atas respond. Insya Allah dalam masa terdekat Penyelaras kami akan cuba untuk berkongsi dokumen tersebut menerusi email kepada cikgu.

      Padam

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...