Jumaat, 30 Oktober 2015

[178] Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Tahap Gangsa Daerah Segamat 2015

Alhamdullillah, anak - anak remaja Persatuan Belia G2 Felda Pemanis telah sempurna ditauliahkan Tahap Gangsa dalam Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda - The Duke of Edinburgh's International Award (ARPRM - DofE) pada Rabu, 28 Oktober 2015 lalu.

(Baca di sini untuk mengetahu apakah itu ARPRM - DofE)

Majlis telah disempurnakan oleh YB Hajah Norshida Ibrahim, Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) Kawasan Buloh Kasap. Pada hari yang sama juga, Pentauliahan Tahap Gangsa Peringkat Daerah Segamat adalah pada sidang pagi, manakala Pentauliahan Tahap Perak Peringkat Negeri Johor adalah pada sidang petang.

Seramai 29 orang anak - anak remaja G2 telah menyempurnakan cabaran dan layak ditauliahkan pada Tahap Gangsa. Untuk daerah Segamat keseluruhannya, seramai 134 orang telah layak ditauliahkan, sebagaimana pecahan statistik di bawah.


Berikut pula adalah senarai semua 29 orang dari G2 yang merupakan Siri 9, Tahun 2015 yang telah ditauliahkan. Mereka menerima Sijil Pengiktirafan bertaraf antarabangsa, medal dan pin untuk disematkan di pakaian.


Wajah - wajah ceria yang telah telah ditauliahkan pada Tahap Gangsa dan kini meneruskan cabaran Tahap Perak pula. Klip video itu juga memaparkan semua yang naik ke pentas anugerah.











Majlis turut memberikan penghargaan kepada pihak yang menyumbang untuk kemajuan program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Daerah Segamat. Khusus yang melibatkan G2 adalah SMK Pemanis, Pusat Internet 1Malaysia Taman Yayasan (dahulunya Felda Pemanis Satu) dan Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua. Turut diberikan penghargaan adalah ibu bapa kepada Mohd Firdaus Zainal Abidin yang merupakan penerima Anugerah Tahap Emas sulung dari Daerah Segamat, datangnya dari G2.


 

Dan, ini adalah warna - warni sekitar Majlis Pentauliahan ARPRM Tahap Gangsa Daerah Segamat.





Empat klip video, bermula dari Persiapan dan Raptai. Tiga baki dipaparkan di sini :




Tahniah kepada anak - anak ARPRM G2 Tahap Gangsa. Terima kasih kepada semua keluarga besar ARPRM G2 - Peserta, Penggerak, Mentor, Jurulatih, Penilai Dalaman, Alumni ARPRM dan Sukarelawan. Terima kasih tidak terhingga kepada Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat dan semua NGO, organisasi, Jabatan , Agensi mahupun orang perseorangan yang membantu program membina anak muda yang berkualiti. Terima kasih dari kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...