Khamis, 29 September 2016

[205] #4Doutreach Siri 1 - ARPRM : SMK Labis

Siri 1 Projek 4D Outreach Enemurator oleh G2 telah diadakan pada Selasa, 27 September 2016 bertempat di SMK Labis, Segamat. Projek #4DOureach ini adalah anjuran Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) Kementerian Belia dan Sukan Malaysia, Persatuan Belia G2 Felda Pemanis, Unit Modal Insan Pusat Pembangunan Belia Johor (JOYDEC) Daerah Segamat dan Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Segamat.


Seramai 200 orang pelajar SMK Labis mengikuti Sesi Penerangan dan Perkongsian Pengalaman ARPRM yang dijadikan asas dalam perlaksanaan #4DOutreach. Taklimat ARPRM telah disampaikan oleh Muhd Faiz bin Ahmad manakala perkongsian pengalaman pula disampaikan oleh bakal penerima Emas ARPRM G2 iaitu Mohd Idham bin Jalak.






Norhazra Jamil dari JOYDEC Segamat bertindak sebagai fasilitator pengisian borang kajian. Turut bersama adalah Encik Mohd Hayadde Hamzani, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Segamat. SMK Labis pula diwakili oleh Puan Rogayah, GPK 1 dan Encik Fazli selaku Guru Penyelaras Program.


Respon yang sangat baik diterima dari adik - adik pelajar SMK Labis. Mereka memberikan reaksi dan penumpuan yang sungguh baik sepanjang program dilaksanakan.

#4DOutreach akan diadakan sebanyak 4 siri di lokasi - lokasi yang telah ditetapkan sepanjang bulan September dan Oktober ini. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...