Ahad, 2 Oktober 2016

[206] Gold Award International Network (GAIN) Malaysia 2016

Pada tahun ini, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah bagi program Gold Award International Network, GAIN 2016. Tuan rumah GAIN sebelum ini adalah Mauritius pada tahun 2014.


GAIN adalah satu platform pertemuan, perbincangan dan rangkaian kerjasama di antara pemegang - pemegang Emas (alumni) The Duke of Edinburgh's International Award (DofE) atau di Malaysia dikenali sebagai Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda. GAIN 2016 - Malaysia telah diadakan pada 24 - 30 September 2016 di Pusat Belia Antarabangsa (International Youth Centre - IYC), Cheras, Kuala Lumpur.

Ia disertai oleh delegasi dari beberapa negara luar seperti Korea, Mauritius, Ghana, Kenya dan lain - lain. Beberapa pengisian sebagai aktiviti di dalam GAIN 2016 - Malaysia telah diatur oleh Malaysia Gold Award Association (MAGAA - Pertubuhan Belia Emas Perdana) selaku penganjur utama dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).










Antara pengisian yang dijalankan adalah :

Lawatan : Muzium DiRaja, KLCC, Planetarium, Memorial Tun Abdul Razak, Masjid Negara, Muzium Kesenian Islam, Batu Caves, Melaka Bandaraya Bersejarah, Muzium Tentera Darat, Port Dikson dan banyak tempat lagi.

Jelajah Lasak : Mendaki Bukit Batu Putih, Tanjung Tuan, Negeri Sembilan

Lawatan Kunjungan Hormat : Persatuan Belia Dinamik Barat, Negeri Sembilan sebagai salah satu Badan Operasi ARPRM yang cemerlang di Malaysia.

Seminar : Beberapa slot seminar dan aktiviti di dalam kumpulan telah dilaksanakan. Antaranya adalah pembentangan dapatan kajian mengenai ARPRM - DofE oleh Dr Hajah Wasitah Haji Mohd Yusuf, Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES).









Persatuan Belia G2 Felda Pemanis menerusinya pemegan Emas, Mohd Firdaus bin Zainal Abidin juga telah diberikan peluang untuk mengikuti program GAIN 2016 - Malaysia. Banyak pengalaman dan jalinan rangkaian kerjasama yang telah dapat dibina sepanjang program tersebut.










 

Terima kasih kepada MAGAA dan KBS di atas penganjuran program dan peluang yang diberikan. Terima kasih kepada semua delegasi negara luar yang telah datang ke Malaysia dan menjayakan program rangkaian pemegang Emas dunia ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...