Rabu, 2 Ogos 2017

[253] Penerangan, Perkongsian Pengalaman dan Mengisi Borang Online Matrikulasi Sesi 2018 / 2019

JUMAAT, 28 JULAI 2017 : Bertempat di Pusat Internet 1Malaysia Felda Pemanis Dua, petang tadi telah diadakan Sesi Perkongsian Pengalaman dan Mengisi Borang Online Matrikulasi Sesi 2018 / 2019 untuk Batch 2000 calon SPM 2017.





Seramai 24 orang telah mengambil bahagian yang juga menyaksikan beberapa orang anak - anak dari luar Felda Pemanis turut bersama. Program dimulakan dengan sesi penerangan dan perkongsian pengalaman oleh Aspalili Azura Jaaffar, bekas pelajar Sains Kolej Matrikulasi Perak yang kini melanjutkan pelajaran di UTHM, dibantu oleh AnNa SuRya Lulu bekas pelajar Perakaunan Kolej Matrikulasi Pahang yang sedang belajar di USM. 






Beberapa orang bekas pelajar Kolej Matrikulasi juga telah menyumbang bakti menjayakan program dengan memantau supaya borang diisi dengan betul. Antaranya adalah Nursyafika Mohd Isa, Adilah Sahari, Azhari Imran, Nur Ashraff, Siti Hajar Yahya, Sofia Isa, Nurul Fatin dan Zahira Zakaria. 



















Adalah menjadi tradisi untuk satu ikatan dan bimbingan dari generasi ke generasi dilakukan supaya mereka mendapat panduan yang jelas. Terima kasih kepada semua fasilitator dan semua pelajar yang mengambil bahagian.


Semoga serba sedikit usaha yang dilakukan ini akan dapat membuahkan hasil. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...