Rabu, 30 Ogos 2017

[258] Majlis Penghargaan Team Tutor SK Pemanis 1

Sekolah Kebangsaan LKTP Pemanis 1 telah mengadakan Majlis Penghargaan untuk Tutor UPSR yang telah bersama - sama menjayakan projek 'coaching' calon UPSR 2017 sekolah tersebut. Ia berlangsung pada waktu perhimpunan pagi Selasa, 22 Ogos 2017.



Sijil Penghargaan : Melaksanakan Pelbagai Projek Pendidikan di
SK LKTP Pemanis 1 sepanjang 2017

Beberapa orang tutor telah berkesempatan hadir pada majlis tersebut. Untuk rekod, sejumlah 35 orang tutor terlibat dalam dua projek utama berteraskan pendidikan di SK Pemanis 1 iaitu Program Bintang Sains dan Matematik sebanyak 3 siri dan Projek Tutor Masuk Kelas selama 18 hari. Mereka semua telah diberikan sijil penghargaan.






Semua sukarelawan pendidikan dari G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Guru Besar, Puan Rabi'ah Ahmad, Guru Penyelaras Tahun 6, Puan Norlizah Tumin, guru - guru subjek Tahun 6, semua guru, kakitangan sokongan, para pelajar, ibu bapa dan komuniti yang bersama menjayakan projek ini.


Team Tutor mendoakan agar semua pelajar berjaya memperolehi keputusan yang cemerlang. Semoga kita juga dapat meneruskan projek ini pada tahun - tahun akan datang.


Catatan : Gambar hari terakhir sebagai tutor melapor diri di kaunter pengawal keselamatan sekolah :)


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...