Ahad, 10 Disember 2017

[283] 17/ 20 : Aku Budak #MatrikDiHatiku - PST vs PDT

Azhari boleh dihubungi menerusi laman sosial FacebookInstagram atau email beliau azhariganteng43@gmail.com



17/ 20
Aku Budak #MatrikDiHatiku
PST vs PDT

oleh Azhari Imran

Okay ramai akan pelik bila tanye masuk matrik ni. Program Satu Tahun ke Program Dua Tahun. Maaf, untuk aliran perakaunan tiada PDT ini ye. PDT ini untuk aliran sains sahaja.

PST merupakan pembelajaran selama satu tahun di matrikulasi. Okay. Golongan ke PST ni yang mendapat sekurang-kurangnya credit iaitu gred C untuk subjek matematik tambahan dan kimia. Dalam satu semester, mereka akan belajar dalam 9-10 topik pembelajaran bagi sesuatu subjek. Jadual bagi PST amat padat seperti episode aku sebelum ni.



Ini merupakan nota kuliah bagi subjek Fizik bagi satu semester untuk pelajar PST. Haaa banyak kan. Tu baru satu semester tu.

Bagi PDT pula, pelajar akan belajar di matrikulasi tu selama dua tahun. Mengikut pengalaman aku, walaupun subjek yang sama bagi PDT dan PST, tetapi silibus berbeza yang mana pelajar PDT akan mendalami dan mengambil sedikit masa untuk menghabiskan sesuatu topik yang tidak dipelajari oleh pelajar PST. Dan dalam tempoh empat semester, pelajar PDT akan belajar hanya 5-6 topik bagi sesebuah subjek dalam satu semester.



Haa ni pulak subjek Kimia untuk semester ketiga. Haa sikit je kan? Hehehe

Bahagian ke 18 akan menyusul. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...