Rabu, 6 Disember 2017

[282] Jamboree Sukarelawan Darul Ta'zim 2017

Lebih 800 orang melibatkan 55 Kelab/ Persatuan / NGO mengikuti Jambori Sukarelawan Darul Ta'zim anjuran Kerajaan Negeri Johor menerusi Sukarelawan Darul Ta'zim - Pusat Pembangunan Belia Negeri Johor (JOYDEC) dengan kerjasama pelbagai Jabatan / Agensi / NGO. Selama 2 harı 1 malam, ia berlangsung di Johor Youth International Hub, Hutan Bandar, Johor Bahru. 

Dari Segamat (Joydec Daerah Segamat ) 42 orang, ia disertai G2 seramai 39 orang dan MBFM Medoi seramai 3 orang, termasuk dua orang penyeleras Persatuan.

Antara pengisiannya adalah berkhemah, perkongsian pengalaman dari sukarelawan, Majlis Belia Negeri Johor, Parlimen Belia Malaysia, pendidikan, pembinaan pasukan, rekreasi dan pelbagai lagi.

Perasmian Penutup dan Penyampaian Anugerah Sukarelawan Darul Ta'zim telah disempurnakan oleh YB Dato' Zulkurnain Haji Kamisan, Pengerusi JK Belia, Sukan, Kebudayaan dan Warisan Negeri Johor selaku wakil rasmi YAB Menteri Besar Johor. 

Kita 'recap' antara kenangan Jamboree mengikut hari :


Hari 1 - Sabtu, 2 Disember 2017

















































Hari 2 - Ahad, 3 Disember 2017





























Video - Video Sepanjang Program







Tahniah kepada semua peserta Jambori, tahniah kepada semua penerima Anugerah Sukarelawan Darul Ta'zim. Jumpa lagi dua tabun akan datang. Jumpa lagi dua tahun akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...