Selasa, 10 Julai 2018

[322] Anugerah Harta Intelek Negara Zon Selatan 2018

ISNIN, 9 JULAI 2018 : Pasukan Inovasi SMK Pemanis hari ini menempa kejayaan apabila dinobatkan sebagai Johan (Penarafan Emas) Anugerah Harta Intelek Negara Peringkat Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka dan Johor). Sesi penilaian melibatkan 8 pasukan ke peringkat akhir dari 64 projek yang menyertai telah diadakan di salah sebuah hotel di Melaka. 

Pasukan Inovasi ini mempertaruhkan projek Sink Water Filter telah membentang dengan begitu baik dan menjawab semua soalan juri dengan sempurna. Tahniah kepada Haziq Affif, Nora Asyikin Musa dan Aliah Wahab. 

Kemenangan ini membawa pulang hadiah wang tunai 1,000, plak dan sijil. 

Tahniah juga diucapkan kepada semua yang membantu menjayakan projek : Guru Pembimbing Normah Taib, Mentor Program ARPRM Mizam Rahim, alumni inovasi dan ARPRM yang membantu melatih iaitu Nur AshraffMuhammad AzhariArif Arifian dan Muhammad Haiqal.

Pemenang Anugerah Harta Intelek Zon Selatan (Melaka, Negeri Sembilan dan Johor)
1. SMK Pemanis
2. MRSM Terendak
3. SM Sains Muzaffar Shah



DI SEBALIK TABIR SESI LATIHAN


 

 
 
 

 
 

 

SESI PENJURIAN










PENYAMPAIAN ANUGERAH









Terima kasih kepada penganjur : MyIPO, agensi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan tahniah kepada semua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...