Isnin, 23 Julai 2018

[323] Pesta Durian dan Buah - Buahan Tempatan Segamat 2018

SABTU, 21 JULAI 2018 : Lapan orang #TeamSukarelawan G2 bersama dua orang pelajar praktikal di Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat hari ini berkhidmat membantu Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Pejabat Pertanian Daerah Segamat mengendalikan Pesta Durian dan Buah - Buahan Tempatan 2018. Ia berlangsung di Padang Awam Jementah.

#TeamSukarelawan G2 mengendalikan 4 acara yang diadakan bagi memeriahkan pesta berkenaan iaitu : Durian Terhebat, Belah dan Makan Durian, Meneka Berat Durian dan Tarik Tali.

Program turut dihadiri oleh YB Exco Pertanian Negeri Johor, ahli - ahli Yang Berhormat dalam daerah Segamat, Timbalan Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Johor, Pegawai - Pegawai Tadbir Negeri Johor dan Pegawai - Pegawai Kerajaan.































Terima kasih diucapkan kepada : Persatuan Petani Jementah, Pejabat Pertanian Daerah Segamat, Jabatan Pertanian Negeri Johor dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Segamat. Tahniah kepada semua sukarelawan yang telah bersama menjayakan program.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...