Isnin, 1 Oktober 2018

[341] Program Pembangunan Sukarelawan Sukan UiTM Melaka Kampus Jasin

SABTU, 29 SEPTEMBER 2018 - #TeamG2 hari ini dijemput oleh UiTM Melaka Kampus Jasin untuk bersama - sama dalam mengendalikan program Pembangunan Sukarelawan. Program sehari yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Sukan Pelajar (JSP) di bawah Unit Sukan UiTM berkenaan diisi dengan pelbagai slot. Ia telah di diadakan di Dewan Kuliah B, Bangunan Dewan Kuliah kampus universiti tersebut.
Program dirasmikan pembukaan oleh Profesor Madya Dr. Mohd Rashdi Zaini, Penolong Rektor UiTM Melaka Kampus Jasin. Antara penceramah dan pasukan yang mengendalikan program adalah Profesor Madya Ahmad Nawawi bin Yaacob, Encik Armizam Abd Rahim, Ketua Mentor ARPRM dan Penyelaras Sukarelawan, Encik Mohd Zahid bin Dol dan Encik MOhd ShahRedza bin Mohd Shah selaku penasihat Jawatankuasa Sukan Pelajar UiTM. Kira - kira 100 orang mahasiswa telah bersama mengikuti program.
Peserta ARPRM Tahap Emas dari G2 juga telah diberikan peluang untuk berkongsi pengalaman mereka terutama berkaitan dengan kerja - kerja kesukarelaan. Dua orang yang ditampilkan adalah Mustakim bin Abdul Kahar, bekas Presiden Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Tingkatan 6 dan Mohd Affif Haziq bin Malik.

















Tahniah kepada UiTM Melaka Kampus Jasin di atas kejayaan menganjurkan program ini. Terima kasih juga kerana kesudiaan menjemput kami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...