Selasa, 9 Oktober 2018

[343] Bengkel Matematik Tambahan Siri 8 - Hari Pertama


JUMAAT, 5 OKTOBER 2018 - Setelah dua tahun menyepi dan tidak dilaksaksanakan, Bengkel Matematik Tambahan - Program Persediaan SPM kembali diadakan. Kini, program ini memasuki Siri ke 8. Ia dimulakan dengan Siri 1 dahulu pada tahun 2012.


Hari Pertama program bermula jam 02.30 petang, selepas solat Jumaat dan tamat pada jam 06.00 petang. Sesi 1 hari ini kendalikan oleh 3 orang tutor : Muhammad Faiz Ahmad (mahasiwa Kejuruteraan Elektrik Kuasa, UNITEN selaku Ketua Tutor), Mohd Rashid Admon (Graduan Sains Matematik UTM dan baharu selesai Sarjana Sains Matematik UTM) dan Ahmad Syahir Mohd Jamel (Mahasiswa Kejuruteraan Mekanikal, UNITEN). Bilangan tutor akan bertambah untuk sesi akan datang.
























Program juga ditutup dengan solat Asar berjemaah dan Halaqah Ilmu yang disampaikan oleh Rashid.

Terima kasih kepada semua sukarelawan yang berkhidmat hari ini. Jumpa lagi awal pagi esok untuk sepanjang hari Bengkel Matematik Tambahan sehingga selesai semuanya lewat petang.

Projek Bengkel Matematik Tambahan adalah anjuran #TeamTutor Sukarelawan G2 dengan kerjasama SMK LKTP Pemanis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...