Rabu, 10 Oktober 2018

[346] Kem Mekar SPM 2018 SMK Jementah


AHAD, 8 OKTOBER 2018 - Unit kurikulum dan Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Jementah telah menganjurkan Kem Mekar SPM sebagai salah satu pengisian persediaan para pelajar yang bakal menghadapi SPM pada bulan hadapan. Team Sukarelawan Pendidikan G2 telah dijemput untuk bersama dan mengisi salah satu slot yang disediakan. Program telah diadakan di KOLEJ KOMUNITI SEGAMAT 2

Pengisian dibahagikan kepada dua : Pelajar Kumpulan 1 (Aliran Bukan Sains) dan Kumpulan 2 (Aliran Sains). Kumpulan 1 menampilan Mizam Rahim (Penyelaras Pasukan Sukarelawan Pendidikan) dan Are Lias (Pelajar Terbaik Projek Tahun Akhir IKTBN Temerloh) untuk sesi TVET manakala Kumpulan 2 menampilkan Muhammad Faiz (mahasiswa tajaan JCorp di UNITEN), S Shazwani Zaini (lepasan UiTM Jasin) dan Syahir Jamel (Mahasiswa UNITEN). Kecuali Syahir yang dibawakan dari Kuala Lumpur, kesemua yang lain adalah anak - anak Felda Pemanis dan penerima ARPRM - DofE. Pengisian dua kumpulan ini berjalan serentak.

Kedua - dua kumpulan kemudiannya bersama untuk rumusan akhir dan majlis penutup yang turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah KKS2.























G2 merakamkan penghargaan dan terima kasih di atas kepercayaan yang diberikan oleh Pengetua Puan Zabedah Abdul Rashid, guru - guru dan para pelajar SMK Jementah.Semoga mereka semua akan dapat menempuhi SPM 2018 dengan sempurna dan beroleh keputusan yang cemerlang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...