Jumaat, 9 November 2018

[351] Bengkel Matematik SPM 2018 - SMK Palong Timur

RABU, 7 NOVEMBER 2018 : Sukarelawan #TeamTutor seramai 13 orang dari G2 dan 3 orang Alumni SMK Palong Timur hari ini mengendalikan Bengkel Khas Matematik untuk pelajar Kelas 5C SMK Palong Timur. Ia diadakan khusus untuk kumpulan mereka, 6 hari sebelum SPM 2018 bermula. Selain pecutan akhir Matematik, beberapa pengisian lain bersifat inspirasi juga diadakan.
Program telah berjalan dengan lancar, mencapai objektif dan diharapkan dapat memberikan serba sedikit manfaat buat bekalan mereka.
Ini merupakan Projek Sukarelawan Pendidikan ke 27 untuk tahun 2018 dan ia adalah projek terakhir. Jumpa lagi dalam siri - siri projek tahun hadapan pula.
























Terima kasih kepada Pengetua, Tuan Haji Muzaffar Shah Ghazali Shah, guru - guru, adik - adik pelajar 5C SMK Palong Timur dan semua sukarelawan pendidikan yang telah bersama. Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kalian.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dialu - alukan untuk memberikan sebarang komen atau maklumbalas. Terima kasih! :)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...